»

10 June 2011

Menakutkan: Tiada Lagi Letrik, Telefon & Komputer Pada 2013

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoOTqqCJFbediEpX_Mq2VE_8hOWy2BaBZfhodvqxd_ba4QqYHt6y24OU8KemKptMyXYjFNOMbgzZBO-xF11reCRBgUwvDT8pmyhhkcK46saGz6oJrqbh03fut_b_q5sIXJzhhgOeehH_M/s1600/pln.jpg

Pernah mendengar maklumat ini? Kononnya pada tahun 2013 sistem letrik dan telekomunikasi seluruh dunia termasuk komputer akan tergendala? Sama ada ini akan menjadi kenyataan atau tidak, hanya waktu yang akan menentukannya.

Seorang saintis terkenal dari Biro Samudera dan Iklim Nasional Amerika Syarikat, Dr. Kathryn Sullivan, dua hari lepas memberi amaran, badai matahari bakal mencapai puncaknya pada kira-kira dua tahun lagi (2013). Apa itu badai matahari? Badai matahari adalah ledakan besar di atmosfera matahari yang  dapat merosakkan keseluruhan sistem komunikasi dan bekalan letrik dunia.

Beliau menegaskan, puncak badai matahari yang sangat-sangat dahsyat pada 2013 itu dapat merosak satelit komunikasi, sistem navigasi, jaringan telefon dan peralatan transmisi letrik. Badai matahari 2013 ini juga akan melepaskan partikel yang mampu merosakkan sistem keselamatan komputer secara sementara atau mungkin...selama-lamanya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSLomuXjZcL9KxrNTQhHD1-MC8NWSoznBV0ZJsVCVE1wNbxwSXFUYa8_yH8buPn7K0NfInzCHhsR_xin5txiVC61F5KSPKH_yw0FZ9Tj6CDgp5WOxtjA4h7qqcQYuxMZPHCbwXH7JtYC63/s640/badai-matahari.jpg


“Ini benar-benar bakal menjadi satu masalah besar, ketika badai  matahari itu menghentam planet kita,” kata Sullivan dalam Persidangan PBB Mengenai Iklim Global di Genewa, Swizerland.

Peringatan serupa juga pernah disampaikan oleh para ahli astronom Februari tahun  lalu. Mereka meminta semua negara bersiap sedia menghadapi musibah global yang sangat dahsyat itu.

Para ahli sains juga memperingatkan, musibah akibat badai matahari itu akan menyebabkan letrik di seluruh dunia padam selama berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan!!

Sebenarnya fenomena badai matahari ini bukan perkara baru, cuma di masa lalu, kesannya sangat kecil, berbanding kesan besar yang diramalkan pada 2013. Badai matahari terakhir berlaku pada 2001, namun efeknya terhadap bumi agak lemah.

Badai matahari yang agak besar pernah berlaku pada 1972, telah memutuskan  jaringan telefon jarak jauh di  Illinois, Amerika Syarikat. Peristiwa serupa berlaku lagi pada 1989 mengakibatkan letrik terputus di seluruh Quebec, Kanada.

Oleh kerana itu, jom kita persiapkan mental mulai sekarang untuk menghadapi bencana pada tahun 2013 itu. Bayangkan dunia tanpa letrik, dunia dalam gelap gelita selama berbulan-bulan, pasti ia sangat menakutkan!!

Semoga ramalan saintis itu tidak menjadi kenyataan. Allah jua yang Maha Mengetahui....

(Sumber info: Siradel)

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....