»

14 June 2011

Kejar Kereta Sampai TerBOGEL...

Starkers: This is a naked Lance Corporal Wayne O'Mahoney smashing the window of his car with a crowbar to stop a masked robber trying to steal his vehicle

Masa berlaku tsunami di Malaysia dulu (24 Disember 2004), ada satu cerita mengenai seorang wanita (jika tak silap JR di Kuala Muda, Kedah) yang lari lintang pukang meninggalkan rumahnya selepas dikejutkan oleh jiran-jiran supaya segera keluar dari rumah kerana air deras sedang menuju ke kampung mereka. Wanita itu berlari sekuat hati dan bila tiba di tempat selamat orang kampung membalut tubuhnya dengan sehelai kain...Ketika itu barulah wanita itu sedar, tadi dia berlari dalam keadaan terkejut tanpa seurat benang pun!!

Begitulah reaksi manusia dalam keadaan terkejut, mereka akan melakukan apa saja tanpa memikirkan dia dalam keadaan apa, jika terbogel pun mereka tak sedar!! Dan semalam berlaku hal yang hampir sama di Salford, England, apabila seorang askar British yang memegang sebatang besi cuba mengejar seorang pencuri yang cuba mencuri kereta yang baru dibelinya. 

Sebaik menyedari ada pencuri yang masuk ke dalam keretanya, Lans Koperal Wayne O'Mahoney terus tergesa-gesa keluar rumah dengan memegang sebatang besi. Gagal masuk ke dalam kereta, Wayne terpaksa memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan besi yang dipegangnya dan berjaya mencekik leher pencuri itu. Pencuri itu yang baru hendak menghidupkan enjin kereta terkejut dengan tindakan nekad Wayne dan terus lari keluar melalui pintu penumpang.


Birthday suit: Lance Corporal Wayne O'Mahoney only realised he was naked when a crowd of neighbours came out to watch the commotion
Wayne cuba memecahkan tingkap keretanya...

Wayne yang masih tak berpuashati cuba mengejar pencuri itu, tapi ketika sedang mengejar barulah dia terperasan yang dia tidak berpakaian, manakala jiran-jiran yang terkejut dengan bunyi bising beramai-ramai keluar rumah untuk melihat apa yang terjadi. Wayne yang kelihatan malu sedang diperhatikan oleh jiran-jirannya dalam keadaan tidak pakaian terus bergegas masuk ke dalam rumah.

Kalau korang dalam keadaan wanita di Kuala Muda atau dalam keadaan Wayne, korang malu tak? Bagi Wayne dia lebih rela malu daripada kehilangan kereta barunya...

(sumber info: dailymail-uk-online)

2 comments:

  1. Diana: Betul3...jgn jadi spt sebahagian wanita tidur cuma berkemban...

    ReplyDelete
  2. hihiihihihi......macam-macam :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....