»

12 June 2011

Ish..Ish..Ish..Sanggup Jual Buah Pinggang Untuk Beli iPad 2


Xiao Zheng menjual ginjal demi iPad 2


Kisah yang nak JR persembahkan petang ini berlaku di China. Bagi JR ia cerita menyayat hati bagaimana kerana ingin setaraf dengan orang lain, ada yang sanggup menjual organ pentingnya sendiri:

Seorang remaja bernama Xiao Zheng (17 tahun, gambar di atas) sangat ingin memiliki iPad 2 yang merupakan simbol kekayaan di negeri China. Malangnya dia tidak memiliki cukup wang untuk membeli iPad 2. Suatu hari dia melihat iklan online di internet yang menyebut bahwa ada agen yang sanggup  membayar 22,000 yuan (RM10,236) untuk sebelah buah pinggang. Dia lantas menghubungi agensi tersebut menyatakan kesediaan untuk menjual buah pinggangnya.


Zheng kemudian mengikut arahan yang diberikan oleh agensi tersebut dan pada 28 April Zheng pergi ke Hospital Chenzhou di Provinsi Hunan untuk melakukan pembedahan buah pinggang. Setelah tiga hari, remaja tersebut keluar dari hospital dan tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu, dia terburu-buru pergi membeli iPad 2 beserta barang elektronik lain dan kemudian baru dia pulang ke rumahnya.
Tapi langit tidak selamanya cerah.  Remaja malang itu kini mengalami komplikasi akibat pembedahan buah pinggang  yang dilakukannya.
Ibu Zheng kemudian membawa anaknya ke balai polis untuk membuat laporan. Namun ketika nombor telefon agen yang bertanggungjawab dalam pembedahan tersebut dihubungi, hensetnya didapati  tidak aktif lagi.
Itulah akibatnya bila terlalu ingin mengejar sesuatu yang tak tercapai, akhirnya organ sendiri yang tergadai.Sesuatu yang Zheng lupa ialah teknologi sentiasa berubah, hari ini i-Pad 2, 10 tahun nanti mungkin i-Pad 8 pula, tapi buah pinggang yang dikurniakan Tuhan hanya satu (sepasang).

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....