»

08 June 2011

Harga Maruah Polis Malaysia Cuma RM50


JR tak tau apa pandangan korang. Tapi bagi JR harga sebuah maruah tiada tolok bandingnya. Maruah tak boleh dibandingkan dengan wang dan jika nak dibandingkan, pasti harganya sangat mahal. Sebab itu bagi sesetengah pemimpin bila maruahnya tercalar mereka akan saman yang nilainya bukan lagi RM1,000 atau RM10,000 tapi berjuta-juta malah ada yang sampai RM100 juta! 

Dan bila ada yang menyatakan harga sebuah maruah cuma RM50, ia suatu ungkapan yang bagi JR sangat menghina!

Semalam Mahlkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM50 kepada Nur Shafa Watiha (sedap namanya...), 20 tahun, yang mencemuh polis dengan kata-kata "polis bodoh" selepas ditegur polis kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal. 

Cuma RM50? Menghina seorang penjawat awam yang menjalankan tugas, menghina suatu jawatan yang banyak jasanya kepada negara cuma didenda RM50? Apa nilai RM50 dalam dunia hari ini, beli 4 ekor ayam pun harganya sudah lebih dari RM50!! Bagi JR apa pun alasan gadis itu, dia tak patut panggil polis bodoh. Polis hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang. Jika undang-undang yang dibuat itu nampak tak cerdik, bolehkah polis melakukan lebih dari apa yang ada dalam undang-undang? Dan jika kita kata undang-undang tak cerdik pula, siapa pihak yang meluluskan undang-undang yang tak ccerdik itu? Bukan polis yang meluluskannya, polis cuma ikut apa yang telah diluluskan. Yang meluluskan undang-undang ialah Ahli-ahli Parlimen yang kebanyakannya bergelar Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri. Bodoh juga ke Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri yang meluluskan undang-undang yang dilaksakan oleh polis kita?

Pada JR yang dihina gadis itu ialah polis biasa, polis berpangkat konstabel. Agaknya jika yang dihina gadis itu polis yang berpangkat Inspektor, ASP dan DSP berapa dendanya? Pasti bukan RM50 kot?

Bagi JR hukuman denda RM50 kerana menghina polis sangat tak padan kerana ia melibatkan maruah polis. Tiba-tiba JR teringat kepada suatu peristiwa dua tahun lepas apabila tiga orang telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina Sultan Perak dengan menghantar komen yang jelik dalam blog mereka. Seorang daripada mereka telah dijatuhkan hukuman RM10 ribu atau penjara lima tahun kerana menghina Sultan....

Mungkin polis pangkat rendah itu tidak setaraf seorang Sultan, tapi denda cuma RM50 bagi JR sangat menghina....

11 comments:

  1. haaaaa rm50 je.....setuju dengan pendapat jr....ini dah jadi soal maruah kan

    ReplyDelete
  2. perempuan tu yg bodoh .
    *JR jangan saman saya!*

    ReplyDelete
  3. Bro JR ni polis ke..nampak marah berapi2 bila polis dihina gitu?

    ReplyDelete
  4. Kesian kat polis tu...kalau hakim pula dihina macam mana, cuma didenda RM50 saja ke?

    ReplyDelete
  5. Penyair Senja: Ya, maruah tak bisa dijual beli..

    ReplyDelete
  6. Mish Apple: Nasib baik perempuan tu tak baca blog ni, jika tidak pasti Mish Apple akan kena saman RM50!!

    ReplyDelete
  7. pembunuhiblis: Bukan polis, cuma rakan polis, huhuhu...

    ReplyDelete
  8. semutapi: Kalau hakim dihina mungkim dendanya RM5?

    ReplyDelete
  9. nak jugaklah hina hakim tu...kalau setakat denda rm50..hina sampai muntah kahak pun tak apa...

    ReplyDelete
  10. Pendekar: Kalau hina hakim, mungkin bukan denda RM50, tapi RM50,000!!

    ReplyDelete
  11. Diana: kesian, sangat kesian...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....