»

29 May 2011

Gila Punya Mahkamah...Ayah Ada Hak Untuk Merompak?

GEMBIRA...Bishop bersama kelima-lima anaknya.

Bishop..ayah penyayang yang terpaksa menjadi perompak


Salam untuk semua pembaca blog JR,

Hari ini tentu ramai yang bangun lewat kerana pagi-pagi buta bersengkang mata melihat pertemuan Piala Juara-Juara, yang berkesudahan seperti diramal Bacelona menumpaskan MU 3-1. Tahniah Barcelona!!

Tapi entry sulung JR pagi ini bukan mengenai bola, bukan juga mengenai sukan. Tapi ia masih mengenai Eropah, mengenai keunikan undang-undang Eropah.Harap undang-undang gila ini tidak diimplementasikan di Malaysia...

Di Nottingham, England, seorang perompak dibebaskan semalam selepas mahkamah mendapati hukuman penjara terhadapnya "melanggar hak asasi keluarganya".
 
Dalam keputusan yang mengejutkan, Mahkamah Rayuan England semalam memutuskan seorang bapa kepada lima anak, Wayne Bishop, 33 tahun, tidak bersalah kerana merompak sebab mengikut Hakim,  hak lima orang anaknya adalah lebih penting daripada hak mereka yang menjadi mangsa rompakannya.

Sebelum ini, Wayne Bishop dari Clifton, Nottingham telah dihukum penjara selama lapan bulan selepas mengaku merompak dan memandu kereta secara berbahaya. Bishop kemudian membuat rayuan di Mahkamah rayuan kerana katanya dia merompak adalah untuk membesarkan anak-anaknya. Bishop adalah seorang bapa tunggal kepada lima anak yang berusia antara 6 hingga 13 tahun. Mengikut Hakim Mahkamah Rayuan hukuman penjara lapan tahun terhadap Bishop adalah tidak adil kerana ia melanggar hak asasi kanak-kanak yang memerlukan seorang bapa, oleh itu Hakim memutuskan Bishop perlu dibebaskan demi kebajikan anak-anaknya.

"Hari ini saya seorang yang bertuah dan saya berasa amat gembira," kata Bishop di luar penjara sambil dikerumuni oleh anak-anak yang ternyata sangat menyayanginya.

Keputusan Mahkamah Nottinham itu pasti sangat menggembirakan perompak-perompak di England yang mempunyai anak. Sekarang mereka bebas merompak atas alasan mereka merompak untuk anak dan keluarga. Rupanya di negara itu hak keluarga perompak adalah lebih penting dari hak keluarga yang menjadi mangsa rompakan.

Kalau undang-undang ini di implementasikan di Malaysia habislah rakyat Malaysia menjadi mangsa rompakan. Sapa yang mahu kaya cepat bolehlah menubuhkan Syarikat Merompak Sdn Bhd kerana kerjaya merompak diiktiraf oleh undang-undang...

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....