Membaca kenyataan ini mengingatkan JR kepada satu episod drama Melayu yang tersiar di TV beberapa tahun dulu. Ia mengisahkan satu perkahwinan campur Melayu dan Cina, di mana keluarga Cina itu menentang keras hasrat anak gadis mereka untuk berkahwin dengan lelaki Melayu yang kata ayahnya, "suka pukul isteri dan tak bertanggung jawab".
Hari ini JR terbaca di akhbar kenyataan Pakar Perunding Psikologi, Keluarga & Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali yang menyatakan bahwa pihak lelaki adalah punca kes perceraian dalam rumah tangga keluarga Islam. Suzana berkata kenyataannya itu dibuat berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mendapati suami adalah punca keretakan rumah tangga keluarga Islam. Katanya lagi sebahagian isteri masa kini juga menganggap kewujudan suami tidak lagi dianggap penting, malah ketiadaan suami di sisi isteri dan anak-anak bukan satu beban, tapi satu RAHMAT.
Kenyataan Suzana ini menyusul dua hari selepas Timbalan Menteri Pembangunan wanita, Heng Sei Kie yang berkata bahwa peratusan pasangan Islam yang bercerai semakin meningkat dalam tempoh dua tahun lepas daripada 22,289 pada 2008 kepada 27,116 pada 2009. Ia berbeza dengan pasangan bukan-Islam yang jumlah perceraian mereka menurun dari 3,633 pada 2008 kepada 2,938 pada 2009.
Jika dilihat dua kenyataan daripada Suzana dan Heng itu, tak salah rasanya jika JR membuat kesimpulan:
i) Pasangan Melayu/Islam adalah yang paling ramai bercerai berbanding pasangan bukan Melayu/Islam.
ii) Bilangan pasangan Melayu/Islam yang bercerai semakin hari semakin bertambah ramai, tapi pasangan bukan Melayu/Islam pula semakin lama bilangan perceraian mereka semakin berkurangan.
iii) Suami adalah punca perceraian dalam keluarga Melayu/Islam.
iv) Ramai isteri kalangan Melayu yang menganggap kehadiran suami hanya membebankan mereka dan bukan satu rahmat yang diharap-harapkan.
Patutlah dalam drama Melayu yang JR tonton itu ada dialog dari kaum Cina yang menyatakan bahwa lelaki Melayu tak bertanggung jawab, rupanya apa yang dikatakan dalam dialog itu selari dengan apa yang terbukti dalam statistik yang ditunjukkan. Kalau begitulah yang sebenarnya, kepada gadis-gadis, berhati-hatilah untuk berkahwin dengan lelaki Melayu kerana mereka kelak hanya akan menjadi satu spesis yang membebankan, kurang bertanggung jawab dan jika berkahwin korang mungkin akan menjadi janda dalam usia muda!!
Apapun bagi JR bukan semua lelaki Melayu tak bertanggung jawab, bukan semua lelaki Melayu yang hanya membebankan rumah tangga. JR yakin JR bukan jenis itu, begitu juga Allayarham ayah JR, datuk JR, ayah korang, datuk korang dan ramai lagi lelaki di dunia ini bukan dari spesis yang tak berguna itu. Ramai lelaki Melayu yang baik, tetapi bilangan lelaki Melayu tak baik yang sedikit itu telah menjadi seperti seekor kerbau yang membawa lumpur hingga kerbau-kerbau lain habis terpalit...
Jadi jangan takut untuk berkahwin dengan lelaki Melayu!!!
Salam ziarah bro JR...dah lama tak bertandang ke mari... Harap-harap sentiasa sihat..Amin...
ReplyDeleteYa...jangan takut berkahwin dengan lelaki melayu... tapi takutlah berkahwin dengan lelaki jahat..hanya itu sahaja...
adeiiii, x semua camni kan. he3...
ReplyDeleteEntry terbaru -> The Devil’s Pool - Kawasan Air Terjun Menyeramkan Di Zimbabwe... (",)
Pendekar Berkuda: Betul tu, kejahatan bukan terletak pd bangsa, tapi individu itu sendiri..
ReplyDeleteBudak Botak: Tak semua camtu...termasuk Budak Botak & JR yg baik2 saja...
ReplyDeleteDiana: Tak semua cam tu, termasuk ayah kita yg baik2 saja...
ReplyDelete