»

02 May 2011

Osama Masih Hidup atau Osama Mati Dua Kali?

 

 
Berita paling gempar hari ini ialah berita kematian Osama Bin Laden, pemimpin gerakan Al - Qaeda. Walaupun ramai orang membencinya (termasuk pemimpin-pemimpin Islam Malaysia) tapi bagi JR dia adalah hero. Bagi JR sesiapa saja pejuang yang berani menentang kesamsengan dan kebiadaban Amerika dia layak digelar hero walaupun akidahnya tak sama dengan kita. Bukan saja Osama, orang-orang seperti Ahmadeejad (presiden Iran) yang Syiah itu dan Hugo Chavez (presiden Venuezela) yang Katholik itu pun bagi JR adalah hero kerana keberanian mereka menentang Amerika bapa samseng itu.

Pemimpin Al - Qaeda itu dikhabarkan terbunuh dalam peristiwa tembak - menembak dengan tentera  Amerika Syarikat yang menyerbu rumah persembunyiannya berdekatan ibu negara Pakistan.  Pengumuman mengenai kematian Osama itu telah dibuat sendiri oleh Presiden @ Ketua Samseng  Amerika, Barack Obama dalam satu sidang media hari ini.
 
Kononnya mayat Osama yang menjadi buruan Amerika  lebih dari satu dekad itu ditemui didalam sebuah rumah besar yang diserang itu.

Selama ini, Osama Bin Laden telah dikaitkan dengan tragedi 11 September 2000  yang menyaksikan keruntuhan World Trade Center di New York. Tapi hingga kini tiada bukti dialah perancang peristiwa 11 September. Malah ada teori yang menyatakan serangan itu dirancang oleh Israel untuk mengapi-apikan Amerika supaya menyerang Afghanistan dan Iraq.

Ini bukan pertama kali Osama dilaporkan meninggal dunia. Beberapa tahun lepas samseng Amerika begitu gembira kerana Osama dilaporkan meninggal dalam satu serangan bom Amerika. Kemudian ditunjukkan beberapa foto 'mayat' Osama yang hancur. Tapi beberapa minggu kemudian Osama muncul dalam siaran internet mentertawakan Amerika yang berjaya "membunuh"nya.

Jika Osama benar-benar meninggal, JR menghadiahkan al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan keberaniannya   menentang kezaliman dan kesyaitanan Amerika akan mendapat ganjaran selayaknya daripada Allah. 
 
Jika Osama benar-benar meninggal bermakna inilah kematiannya yang kedua, jadi dia mati dua kali, sesuatu yang istimewa kerana kebanyakan orang hanya mati sekali sahaja.
 
"Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati.(Mereka tidak mati) bahkan mereka itu hidup (secara istimewa)di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" (al-Imran:169)

3 comments:

  1. tu yang pelik tu, dulu pun kata dah mati, sekarang ni mati lagi..

    ReplyDelete
  2. Mungkin lepas ni Osama akan mati utk kali ke-3?

    ReplyDelete
  3. Amerika kena ingat Osama boleh mati, tapi ramai org Islam yg mementang keganasan Amerikia belum mati

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....