»

19 May 2011

Nur Kasih The Movie: Siapa Kabir Bhatia Tuu???




Semenjak dua menjak ni bila buka TV3 banyak ler bukan main iklan mengenai filem Nur Kasih The Movie. Filem ini dikabarkan akan meletup hebat di pawagam bila ditayangkan mulai hari ini kerana sebahagian daripada 19 juta penonton yang mengikuti siri drama hebat itu mungkin akan masuk panggung pula untuk menontonnya. 

Tak payahlah JR nak ceritakan deretan pelakon filem ini  seperti Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara dan lain-lain kerana korang pasti sudah hafal nama mereka sebab hampir setiap hari ada cerita mengenai nama-nama itu di TV.

Cuma berbanding pelakon, JR tak begitu mengenali direktor yang mengarahkan filem yang dijangka amat hebat ini. Pengarah memang penting dalam pembikinan filem, tanpa pengarah mana mungkin filem wujud?

Nama pengarah filem Nur Kasih The Movie ialah Kabir Bhatia. Tapi siapa Kabir Bhatia? 

Kabir Bhatia

Banyak kali juga Kabir Bhatia muncul di TV akhir-akhir ini. Yang menarik perhatian JR ialah dia selalu bercakap dalam Bahasa Inggeris tanpa menyelitkan sepatahpun Bahasa Melayu. Bila melihat dia tak pernah bercakap Bahasa Melayu walau sepatah pun, JR membuat andaian: pertama, Kabir bukan dari kaum Melayu, bukan juga mamak, bukan juga Pakistan di Malaysia atau Bangla di Malaysia, sebab Pakistan dan Bangla di sini rata-rata boleh berbahasa Melayu. Mungkin dia pengarah luar dari India atau Pakistan,  bisik hati JR, sebab itu dia tak boleh menuturkan Bahasa Melayu. 

Tapi jika Kabir bukan orang Melayu bagaimana dia nak arahkan filem Nur Kasih yang begitu kuat memancarkan norma-norma kekeluargaan Melayu dan Islam? Kalau David Teo tak apalah dia orang Cina Malaysia yang sudah 40 tahun berkawan dengan Melayu. Tapi pikir punya pikir, JR teringat dalam setiap filem atau drama, bukan saja ada pengarah tapi juga penolong pengarah. Jika pengarahnya bukan orang Malaysia, pasti penolong pengarahnya orang Malaysia yang memahami budaya Malaysia. Selain dari itu, apa nak herannya jika orang India dari India mengarahkan filem kita kerana bukankah di zaman sebelum P.Ramlee dulu pengarah filem Melayu kebanyakannya datang dari India (Sebab itu filem dulu banyak menyanyi dan menari macam filem Hindustan). Dan filem-filem yang diarahkan oleh pengarah yang diimport dari India itu meletup hebat pada zaman itu (zaman itu belum ada TV, radio, video, apa lagi komputer, nak tengok filem wajib masuk panggung)

OK, berbalik kepada Kabir Bhatia yang mengarahkan filem Nur Kasih, ini adalah beberapa maklumat mengenainya:

Nama Asal:

 Nama Islam :
Kabir Subash Bhatia

Mohd Kabir Bhatia Bin Abdullah
Tempat Lahir :New Delhi (24 Julai 1982)
Bangsa :India
Bahasa :Bahasa Inggeris(amat fasih), Bahasa Melayu (sederhana)
Kerjaya :Pengarah, Penyunting Filem, Penyunting Video, Penerbit Filem, Penerbit TV, Penulis

Walaupun dilahirkan di India, tapi Kabir pernah memberitahu dia ingin menghabiskan sisa-sisa usianya di Malaysia kerana dia benar-benar jatuh cinta dengan Malaysia dan telah menemui cintanya di sini. Kabir yang sebelum ini telah mengarahkan beberapa filem seperti Cinta, Love (filem Cinta versi Indonesia) dan Setem dikatakan mempunyai gaya tersendiri yang menyebabkan filemnya seperti Love menjadi filem Malaysia terhangat di Indonesia (Orang Indonesia biasanya tak pandang sebelah mata kepada filem Malaysia).

Bagi JR, siapapun Kabir Bhatia, sama ada dia Melayu atau bukan Melayu tak penting. Yang penting filem kita mesti berpijak di bumi nyata. JR sudah jemu dengan filem dan drama Melayu yang tak berpijak di bumi nyata yang asyik-asyik mengisahkan tokoh korporat bergelar Datuk dan Tan Sri yang iri hati dan  berebut harta, sedangkan kita tahu tokoh korporat di kalangan orang Melayu sangat sedikit (dalam senarai 40 orang terkaya Malaysia 2010, hanya 7 orang saja Melayu). Bila ada drama bercirikan desa ia lebih berpijak di bumi nyata kerana kebanyakan Melayu berasal dari kampung atau pinggir bandar, tanpa ada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan entah apa-apa gelaran lagi yang tak boleh diangkut ke kubur.

1 comment:

  1. setuju dengan jr. drama yang menunjukkan ciri desa ni jauh lebih baik berbanding yang ada gelaran Dato dan bisnes juta-juta ringgit tu.. huhu

    Blog pandai Saiko

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....