Sebelum tidur ni JR nak cakap sikit pasal bola atau lebih tepatnya mengenai pemain sensasi dunia - Cristiano Ronaldo.
Laporan daripada Sepanyol menyatakan Real Madrid kini sudah bersedia menjual pemain terbaik mereka, Cristiano Ronaldo. Bagaimananpun, mereka meminta harga yang tersangat tinggi iaitu 150 Juta Pound (RM735.6 juta) untuk pemain Portugis itu. Penjualan ini adalah berikutan perselisihan faham antara Ronaldo dan pengurus Real, Jose Mourinho yang nampaknya tak boleh didamaikan lagi.
Presiden Real, Florentino Perez bersedia menerima tawaran dari kelab lain untuk Ronaldo sekiranya harga yang berpatutan ditawarkan.
Ronaldo yang baru sahaja menyamai rekod jumlah jaringan gol semusim La Liga dengan 38 gol dilaporkan tidak gembira dengan taktik yang digunakan oleh Mourinho dalam beberapa perlawanan dan mengkritiknya terutama selepas tewas kepada Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah bulan lepas.
Dengan harga yang tersangat tinggi itu, hanya Manchester City sahaja dilihat mampu untuk membeli Ronaldo. City dalam pada itu memberitahu peminatnya semalam agar tidak mengharapkan pembelian besar-besaran musim ini selepas sudah berbelanja lebih 300Juta Pound setakat ini.
Ronaldo kini mendapat gaji lebih 200,000 Pound seminggu ataupun lebih RM1 Juta seminggu.

Ehem..ehem..ada ke kelab-kelab bolasepak di Malaysia teringin nak beli Ronaldo??
Ade....
ReplyDelete