»

07 May 2011

Foto2 Wanita Cantik Yang Dipermainkan Putera William..Apa Salah Mereka?

Kata orang semua anak Raja itu playboy. Mereka banyak wang dan banyak masa lapang. Kerana banyak wang dan banyak masa lapang, maka mereka menggunakan kelebihan itu untuk mengurat. Awek-awek biasa apa lagi, bila diurati oleh anak Raja pasti jiwa suka dan perasan bukan main. Pada hal anak-anak Raja itu cuma bermaksud untuk mempermainkan mereka saja. Habis manis lalu sepah dibuang ke longkang. Malang....

Begitu juga dengan putera William pewaris takhta kerajaan England yang baru menamatkan zaman bujangnya Jumaat lepas. Ramai gadis dalam senarai menunggu yang ditinggalkan anak Raja itu sebelum dia mengahwini Kate Middleton. Habis manis, sepah dibuang...

Antara mereka yang pernah dikecewakan William ialah:

Rose Farquhar
Rose Farquhar

Rose adalah aktres dalam pembikinan berumur 26 tahun mencuri hati William setelah dia meninggalkan Eton pada musim panas 2000. Mereka bercinta sejak kecil dan merupakan teman rapat yang mengenali hati budi masing-masing. Tapi Kate Midleton yang sejak lama memasang impian untuk menjadi Permaisuri England lebih cekap memerangkap Putera William berbanding Rose yang agak pendiam..

Jecca Craig
Jecca Craig


Jecca Craig yang berusia 28 tahun adalah seorang pengurus acara pesta pernah dekat dengan William bahkan William rela tidak menghadiri pernikahan sepupunya Peter Philip semata-mata untuk menghadiri acara pernikahan saudara laki-laki Jecca pada tahun 2008. William memang dekat dengan keluarga Jecca  tetapi hubungan itu akhirnya telah putus dengan kemunculan Kate yang berjaya menambat hati putera Raja itu.


Olivia Hunt
Olivia Hunt

Olivia dan William pernah berkawan rapat tapi cuma di waktu yang singkat ketika mereka sama-sama belajar  di St Andrews University. Namun percintaan mereka mulai goyah  ketika Kate mula belajar di universiti yang sama. Walaupun demikian, ketiga-tiga mereka tetap berteman bahkan pernah kelihatan bermain ski bersama di Klosters.

Isabella Anstruther-Gough-Calthorpe
Isabella Anstruther

William dikatakan pernah sangat rapat dengan aktres ini selepas hubungan dengan Kate renggang seketika. Sumber dari istana menyatakan pasangan ini pernah kelihatan tinggal bersama dan bersembang sepanjang malam pada tahun 2004. Tetapi hubungan rapat mereka terputus kemudiannya. Ini mendorong Kate untuk merapatkan  kembali hubungan dengan Putera William dan akhirnya Kate berjaya mencairkan hati William untuk mengahwininya.

(Sumber: berita2.com)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....