Korang pernah dengar amaran ni:
"AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 DENGAN KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA".
Kalau tak pernah dengar, kongsi apa yang JR nak katakan ni:
Suatu petang syahdu, selepas puas bershopping, Puan Gedik berjalan berseorangan menghampiri tempat parkir kereta yang agak tersorok. Dia membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Puan Gedik menghidupkan enjin kereta dan ketika mahu berundur, dia melihat ada kertas yg melekat di tengah cermin belakang yang menghalang pandangan di belakangnya. Puan Gedik tak jadi undur, sebaliknya dia lantas membuka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas yang menghalang penglihatannya.
Ketika Puan Gedik sampai di bahagian belakang kereta, tiba-tiba dua orang pemuda sepantas kilat masuk ke dalam keretanya yang enjinnya masih dihidupkan. Dua pemuda itu dengan cepat memecut pergi melarikan kenderaan Puan Gedik. Puan Gedik bernasib baik dia tidak dilanggar oleh keretanya sendiri ketika dua pemuda itu mengundur laju meninggalkannya. Puan Gedik menjerit...tapi sudah terlambat!!
Puan Gedik hanya dapat menangis. Dia teringat beg duit di dalam keretanya. Di dalam beg itu ada macam-macam khazanah kepunyaannya: IC, kad kredit, wang tunai RM500, kunci rumah dan yang lebih malang: alamat rumah Puan Gedik. Kunci rumah sudah ada di tangan pencuri, masih tak cukup dengan kereta, wang tunai RM500 dan kredit kad, mungkin esok, lusa atau minggu depan pencuri itu akan menziarahi Puan Gedik, memasuki rumahnya dengan kunci rumah yang ada di tangan mereka!!
Tanggalkan pelekat di belakang kereta ..jangan buat seperti ini
Oleh itu, ingatan JR kepada mereka yang selalu menaiki kereta, BERHATI-HATI DENGAN TAKTIK TERBARU PENYAMUN MALAYSIA NI.
Terima kasih kerana syer info yg berguna ni. Lepas ni kene lebih berhati-hati.
ReplyDeletepena rozie: Sama2. Setiap info perlu dikongsi utk kebaikan bersama.
ReplyDelete