Masih tak habis-habis lagi dengan cerita tu lagi ke? Aduzzzz..boringnya aku!! Bila nak habis ni mengulang tayang cerita yang sama, mengulang tayang gambar yang sama? Boring la oooooiiii!! Tayang la cerita lain pula, kami dah nak muntah la hari-hari tengok cerita yang sama!!
Boring betul..baca akhbar cerita yang sama, buka berita TV cerita yang sama, buka blog politik cerita yang sama!! Video sex..video sex.. video sex..tengok berita TV baru sekejap tadi pun masih dengan cerita yang sama dan imej hitam-putih lelaki gemuk berperut buncit bersama perempuan lawa yang sama, tak ada cerita yang lebih senonoh ke?
Sampai bila oooiii korang nak mempromosikan video porno ni kepada rakyat hah? Tak boleh berlagak jadi macam orang Islam sekejap ke? Nama editor berita macam nama orang Islam, tapi tak jemu-jemu mempromosikan maksiat dalam TV, tak malu ke jadi orang Islam? Aku malu kau tau tak, aku malu!! Aku nak muntah kau tau tak, aku nak muntah!!
Sudah la tu wahai tuan editor TV, sudahlah tu wahai tuan editor akhbar, sudahlah tu wahai tuan blogger, tolonglah jangan biar kami muntah lagi!! Biarlah orang-orang politik menadah bahu kiri mereka untuk dicatat dosanya oleh malaikat Atid, mengapa kita pun nak ikut jadi mereka? Kita rakyat marhaen ni tak payahlah jadi manusia-manusia berdosa seperti pemimpin-pemimpin politik kita. Jika mereka nak membawa kita ke neraka, mengapa kita perlu ikut?
Aku JR tak menyebelahi mana-mana parti politik. Aku JR cuma tak teringin dilempar ke nereka bersama video sex itu. Dan aku juga tak mau muntah, badanku dah lesu, hari-hari tekak meloya nak muntah!!
memang dah muak..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebukan setakat muak....cuak lagii....aduyaiiii.
ReplyDelete