Terlebih dahulu JR nak ucapkan banyak-banyak maaf kepada mereka yang terlebih berat badan yang terbaca entry ni. Entry ni bukan nak menghina sesiapa, ia cuma info berdasarkan satu kajian di negara mat salih. Kalau ada sesiapa yang nak percaya dengan kajian ni boleh percaya. Jika tak mau percaya pun tak apa...
Berita ini dari Colorado, Amerika Syarikat. Beritanya mengenai hubungan melihat orang gemuk makan dengan kenaikan nafsu makan seseorang:
Benarkah nafsu makan akan meningkat jika melihat orang gemuk makan? Satu kajian di Colorado oleh Dr Margaret C Campbell dari Leeds School of Business dan Gina S Mohr dari University of Colorado membuktikan bahwa seseorang akan jadi cepat lapar dan nafsu makannya meningkat jika melihat orang gemuk makan.
Hanya dengan melihat orang gemuk, nafsu makan boleh meningkat dan pilihan menu makan cenderung menjadi tidak sihat. Jika biasanya seseorang itu menghindari gula dan makanan berlemak, tiba-tiba tanpa disedari seseorang itu boleh lupa perkara itu selepas melihat orang gemuk makan!!
Kajian oleh Universiti Colorado itu dilakukan dengan mengambil sejumlah responden yang sedang diet untuk diuji kuantiti makanan mereka dalam beberapa acara pesta makan, yang diselingi makan-makan dengan menu-menu menarik. Pada acara pesta yang tidak dihadiri tamu gemuk, didapati jenis makanan dan pilihan menu makanan oleh responden tidak ada yang keterlaluan, responden yang diuji cuma makan secara paling sederhana. Memang ada yang lebih suka menu enak yang kurang sihat, namun sebahagian besar responden hanya mengambil sayuran dan makanan berserat kerana sedar mereka sedang diet.
Namun ketika tamu gemuk diundang menghadiri majlis makan, responden yang sedang diet itu tiba-tiba terikut-ikut mengambil makanan berlemak dan minuman manis yang diambil oleh tetamu yang berbadan gemuk.

JR hingga kini tak tahu sama ada boleh percaya atau tidak dengan hasil kajian ini. JR lebih cenderung untuk tak percaya kerana ramai kenalan JR berbadan besar, tapi ia tak mempengaruhi selera makan JR...Malah JR senang berkawan dengan orang gemuk kerana biasanya mereka ini periang dan menghiburkan..
haha pasni x mau pandang org gemuk makan lg.. nak tgk orang kurus je
ReplyDeleteFreaky: Jgn caya sangat dgn kajian mat salih ni, ia mungkin betul pd satu ketika tapi tak betul pd ketika lain...
ReplyDelete