Korang kenal tak lelaki berambut afro dalam foto di atas? Orang ini pernah digelar sebagai "dajjal dari Khurasan" oleh beberapa penulis Islam. Namanya Sathya Sai Baba. Dia adalah seorang tokoh agama berpengaruh dari Puttaparti, India yang mempunyai 20 juta pengikut di seluruh dunia. Pagi tadi Sai Baba meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Di Malaysia juga JR dapati ramai pengikut Sai Baba dari pelbagai agama. Gambarnya banyak digantung di dinding kedai milik orang India dan Cina. JR pernah bertanya mengapa mereka begitu menghormati Sai Baba, mereka memberi jawapan yang hampir sama: Sai Baba adalah seorang "NABI" dan mempunyai banyak kesaktian.
Mengikut riwayat, Sai Baba dipercayai boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Bukan itu saja, dia pernah menunjukkan kesaktiannya dengan berjalan di atas bumi yang terbelah dan menukar kepingan besi menjadi emas. "Kesaktian" yang dimilikinya itulah menjadikan jutaan manusia di seluruh dunia kagum kepadanya sehingga menganggapnya sebagai Nabi.
Bagi orang-orang Islam pula, JR pernah mendengar ada penulis Islam yang menggelar Sai Baba sebagai "dajjal" dan menolak "kesaktian" Sai Baba sebagai sesuatu yang ada kaitan dengan sihir dan black magic. Mereka menggelar Sai Baba sebagai "dajjal" berpandukan beberapa hadis Nabi:
"Hari kiamat tidak akan muncul hingga 30 dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasulnya" (hadis riwayat abu Hurairah)
"Dajjal adalah seorang lelaki gemuk, berkulit merah dan berambut kerinting" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada penulis yang menyatakan gambaran hadis-hadis itu sepadan dengan watak Sai Baba yang berbadan gempal, berambut kerinting dan mengaku dirinya Nabi itu.
Cuma JR agak keliru jika Sai Baba itu dianggap sebagai dajjal, mengapa dia mati begitu cepat sebelum misinya tercapai?
Sai Baba cuma manusia biasa, kuasa yang ada padanya hanya satu kelebihan anugerah Tuhan. Setiap yang hidup walaubagaimana hebat sekalipun di dunia ini dia tetap akan mati...
Sai Baba cuma manusia biasa, kuasa yang ada padanya hanya satu kelebihan anugerah Tuhan. Setiap yang hidup walaubagaimana hebat sekalipun di dunia ini dia tetap akan mati...
alaa tak kenal la dia
ReplyDeletedah mati dah dia ni?ahhaha! landax ada gak kaji sikit sebanyak pasal dia,tu yang landax kenal lah latar belakang dia sikit~huhu
ReplyDeletepernah dengazr tentang dia ni.. trapi ada juga yang kata dia ni penipu je..
ReplyDeletesai baba patut mampus
ReplyDeleteSherah: tak payah berkenalan dgn dia, dia dah mati...
ReplyDeletehey apa yang kamu tahu tentang sai baba
ReplyDeletebaba adalah tuhan tolong menghormati dan jgn memaki agama orang lain bagaimana allah penting kepada kamu seperti itulah kepada semua orang mengikut agama masing masing jangan kau buat dusta
@ guru
ReplyDeletemana ada diorang hina agama kau ? Dorg hina sai baba tu sbgmana agama2 lain mghina nabi kami..