Foto ini tak ada kena mengena dengan polis Malaysia..
Maaf, jika tajuk n3 JR kali ini agak keras, semi-lucah dan menghina! Sebelum korang hukum JR kerana memberi tajuk yang tak senonoh tu baca ini dulu:
Ketika tangan JR sedang memicu laptop ni, JR baru saja balik dari pejabat TM. JR ke sana untuk membayar bil telefon dan air. Dan di sanalah JR terdengar kata-kata ini:
"Polis Malaysia memang tak dak teloq!!" kata seorang lelaki otai yang berkumis tebal dan berbadan seperti wrestler. Dia kata polis Malaysia tak ada telur? Kata-kata yang diucapkannya dengan nada yang agak kuat itu mengejutkan JR dan beberapa pelanggan di dalam kaunter bayaran TM yang jumlahnya hanya sekitar 10 orang itu.
Menyedari banyak mata pelanggan lain tertumpu ke arahnya, lelaki itu buat-buat tak tau sambil tersenyum memandang orang sekelilingnya. Dia seperti tak rasa bersalah sedikitpun kerana mengganggu keheningan pagi dan menghina pasukan polis.
Lelaki itu terus juga bercakap dengan seorang yang usianya lebih muda di sebelahnya. Cuma suara lelaki itu agak perlahan kali ini dan kadang-kadang seperti berbisik - mungkin dia tak mahu keheningan pagi terganggu lagi dengan suara paraunya itu.
JR yang cuma duduk selang 3 baris dengan lelaki itu cuba memasang telinga mencuri dengar apa yang dibualkan lelaki itu hingga tadi suaranya agak kuat menempik. Nak tau apa yang dibincangkan dengan orang sebelahnya?
Rupanya mereka sedang membincangkan isu pengedaran video lucah yang kononnya menyerupai wajah seorang pemimpin pembangkang!! JR terus memasang telinga mendengar bualan yang pasti menarik itu. Lelaki otai yang mengaku dirinya sebagai seorang polis pencen itu ternyata tidak senang dengan tindakan polis yang tidak mengambil apa-apa tindakan bagi menghalang video itu terus beredar dari tangan ke tangan. Katanya kalau zaman dia masih berkhidmat sebagai anggota polis dulu, mereka pasti akan bertindak merampas dan menangkap sesiapa saja yang didapati menyimpan video lucah. Tapi katanya polis sekarang tak buat apa-apa sehingga video itu ramai orang sudah tonton, termasuk remaja yang belum akil baligh.
"Apa nak jadi dengan Malaysia, apa nak jadi dengan remaja Melayu kita? Bangsa kita sudah banyak dengan masalah dadah, rempit, ragut, ini polis membiarkan saja video lucah ditonton oleh semua orang. Tak malu ka masyarakat Malaysia kita jadi masyarakat lucah? Aku malu dengan anak cucu aku, tapi polis buat tak tau saja" kata Polis penceni tu.
Apa yang lelaki tu kata memang benar. Kini video lucah menyerupai pemimpin pembangkang itu kabarnya bukan saja sudah dimiliki oleh ramai orang dari peringkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan datuk-datuk di kampung, malah cucu-cucu kepada datuk-datuk di kampung tu pun ada yang sudah memilikinya. Malah yang lebih mengaibkan ada pula menteri dan seorang peguam Singh terkenal mencadangkan supaya video itu ditayangkan di Parlimen!! Apa punya menteri, apa punya peguam yang berfikiran seporno itu?
Kini, video lucah itu sudah tersebar merata. Malah ada yang mempertontonkannya kepada orang ramai dalam dewan orang ramai (di Penanti, Pulau Pinang). Bapa, isteri dan anak gadis boleh menontonnya sekali!! Ia juga ditayangkan untuk pelajar kursus BTN (di Pangkor). Nak termuntahnya JR dengar berita-berita ini!! Dan polis? Polis membiarkannya saja!!
Kini, video lucah itu sudah tersebar merata. Malah ada yang mempertontonkannya kepada orang ramai dalam dewan orang ramai (di Penanti, Pulau Pinang). Bapa, isteri dan anak gadis boleh menontonnya sekali!! Ia juga ditayangkan untuk pelajar kursus BTN (di Pangkor). Nak termuntahnya JR dengar berita-berita ini!! Dan polis? Polis membiarkannya saja!!
Apapun, bagi JR untuk menuding jari kepada polis kerana membiarkan video lucah itu beredar dan dimiliki oleh ramai orang adalah tak adil. Polis tak mengambil tindakan mungkin ada sebabnya. Polis tak bertindak pasti ada alasannya. Setiap polis pangkat rendah ada bosnya di peringkat tinggi. Ketua Polis Negara pun ada bosnya: Menteri Dalam Negeri. Jadi jangan katakan polis tak ada telur, polis hanyalah kakitangan kerajaan biasa yang menurut perintah mereka yang lebih berkuasa darinya. Kalau bos mereka kata biarlah video lucah tu semua orang tengok, biarlah masyarakat kita jadi masyarakat porno, apa polis nak buat? Biar aje lah masyarakat rosak.....
Walaupun video lucah itu dikatakan sudah boleh ditonton di youtube, tapi JR tak rasa teruja untuk menontonnya. JR tak kan pernah teringin menontonnya walau dibayar RM1,000 pun!! Biarlah orang-orang politik dari parti kerajaan dan pembangkang yang gila sex dan gila kuasa itu saja yang menonton video lucah. JR yang tak berminat dengan mana-mana parti-parti politik porno itu sangat tak berminat untuk menonton kelucahan itu......
benarkah ada yang menayangkannya di dalam kursus biro BTN ?
ReplyDeletekalau betul memang jahanam la namanya tu....
adeiiiiii, apa nk jadi sekang nie, hue3...
ReplyDelete