»

09 April 2011

Malunya..Wakil Rakyat Kena Tangkap Ketika Tonton Video Lucah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Memang ketika zaman negara sedang hangat dengan isu video lucah ni macam-macam terjadi. Ketika di negara kita Malaysia, kerajaan sedang menggalakkan rakyat menonton video lucah yang setiap hari dipromosikan di TV, kejadian sebaliknya berlaku di Indonesia:
 
Seorang petugas media berjaya mengambil foto seorang Ahli Parlimen Indonesia yang sedang melayari video lucah ketika sedang menghadiri sidang Parlimen Indonesia DPR (Dewan Permesyuaratan Rakyat). Ketika Ahli-Ahli Parlimen lain sedang membincangkan projek membina gedung baru DPR, Ahli Parlimen bernama Arifinto ini sedang khayal melihat video lucah menerusi Tablet PC. 
 
 
Arifinto
 
Tingkahlaku Ahli Parlimenn dari Parti PKS itu telah menimbulkan polemik sehingga Anggota Front Pembela Islam (FPI), Munarman, menyatakan anggota DPR yang terbukti dengan sengaja menyaksikan video lucah mesti meletak jawatan sebagai satu tanggung jawab sosial mereka.
 
“Di Amerika Syarikat, kes seperti ini (anggota dewan yang menonton video lucah) pernah terjadi dan akhirnya anggota tersebut meletak jawatan. Inilah sepatutnya dilakukan oleh anggota DPR,” ujar Munarman ketika dihubungi pihak media.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tapi itu cerita di Indonesia. Di Malaysia pula lain halnya. Di Malaysia yang mengaku sebagai negara Islam ini, ada Menteri dan Ahli Parlimen yang mencadangkan video lucah ditayangkan untuk tontonan Ahli Parlimen. Di Amerika, sebuah negara kafir pun, Ahli Parlimen dilarang menonton video lucah, tapi di Malaysia negara Islam ini lain pula. Setiap hari promosi percuma iklan video lucah seorang pemimpin pembangkang disiarkan di TV. Sungguh memalukan!!
 
(Sumber VIVANews)

1 comment:

  1. adeiiiii, boring sgt ka dlm dewan parlimen tu, ha3...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....