Selama ini semua pemain badminton - lelaki dan wanita - bermain badminton dengan memakai seluar pendek dan t-shirt. Walaupun ia bukan pakaian Islam, tapi sekurang-kurangnya lebih sopan dari permainan skuash dan tenis di mana pemain wanita memakai skirt. Bila pemain-pemain wanita yang memakai skirt tu melompat, mata penonton tak boleh lari dari terlihat seluar dalam pemain wanita berkenaan, auwwww....
Tapi mulai 1 Mei ini semua pemain badminton wanita telah diarahkan oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF) untuk pakai skirt dan bukan lagi seluar pendek. Alasan BWF mengapa pemain wanita perlu pakai skirt ialah untuk "menjadikan sukan berkenaan lebih menarik di kalangan penonton dan penaja". JR sendiri tak faham mengapa jika memakai skirt ia kelihatan lebih menarik, adakah kerana ia menarik mata penonton untuk melihat apa yang ada dalam skirt wanita berkenaan?
JR sudah lama menunggu komen Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai isu ini. Sebagai negara Islam, JR jangka tentu BAM akan membantah pemain wanita perlu pakai skirt. Apa lagi persatuan badminton India, China dan Sweden dengar kabar tak setuju pemain badminton wanita pakai skirt. Jika negara bukan Islam menentang pakai skirt, JR menjangka negara Islam seperti Malaysia mestilah lagi kuat menentang.
Tapi JR terkejut bila tengok siaran berita sukan TV malam tadi bila Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh menyokong pemain wanita Malaysia memakai skirt seperti yang diarahkan oleh BWF. Datuk Nadzmi dalam kenyataannya berkata Malaysia menyokong pemain wanita memakai skirt, "No problem (pakai skirt)... it looks better...." kata Datuk Nadzmi.
It looks better? Apa yang betternya Datuk? Better tengok skirt terselak bila pemain wanita itu melompat menyambut bulu tangkis?
Atau better kerana lepas ni ramai lelaki hidung belang akan masuk stadium bukan untuk tengok pemain wanita beraksi tapi untuk mengendap sesuatu di dalam skirt wanita?
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....