»

19 April 2011

Aneh...Mengapa Pemain Bolasepak DILARANG Menunggang Motorsikal?


JR ingat pemain bolasepak profesional tu boleh tunggang apa saja dia rasa nak tunggang sama ada  tunggang motorsikal, tunggang kuda, tunggang unta atau tunggang harimau pun. Tapi telahan JR tu rupanya tak tepat. Baru hari ini JR tau pemain bolasepak profesional TAK DIBENARKAN menunggang motorsikal!

Mengapa pemain bolasepak tak dibenarkan menunggang motorsikal? Jika nak tau tanyalah Robbie Keanne, tonggak West Ham United yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris tu. Kerana menunggang motorsikal, Keanne bakal berhadapan hukuman kerana mengikut kontrak yang ditanda tanganinya, pemain bolasepak tak dibenarkan menunggang motorsikal. Walaupun Keanne memakai topi keledar dan jaket keselamatan, tetapi tindakannya menunggang motorsikal tetap dianggap sebagai satu kesalahan yang melanggar kontrak yang dibuat.



Robbie Keane Robbie Keane Moving to the MLS?
Keanne...naik motor pun salah ke?

Ini kerana berdasarkan peraturan dalam Liga Perdana Inggeris dan Persatuan Bolasepak Profesional, seseorang pemain tak dibenarkan menyertai apa-apa aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya kepada kerjaya bolasepaknya termasuk menunggang motorsikal.

Heran juga JR dengan peraturan tu. Seolah-olah tunggang motorsikal saja bahaya, bagaimana jika pemain bolasepak Inggeris menunggang kuda atau basikal, tak bahayakah, tak kena dendakah? Setahu JR bahaya ada di mana-mana, naik kereta pun bahaya juga, malah naik kapalterbang lagi terdedah kepada risiko bahaya.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....