»

20 April 2011

Ajaib...Di Desa Ini Kereta Boleh Dipandu Tanpa Isi Minyak




Jabal Magnet Banyumas













UNTUNGNYA sapa yang tinggal di daerah ini. Untung sungguh!! Bagi sesiapa yang tinggal di Desa Limpakuwus, Kecamatan Sumbang, Kabupaten Banyumas Jawa Tengah mereka boleh menggunakan kereta, motorsikal, van, lori, bas atau apa-apa saja kenderaan berenjin tanpa perlu mengisi minyak. Cukup dengan masuk dalam kenderaan, tukar gear dalam keadaan neutral, pegang steering dan terus pandu tanpa menghidupkan enjin. Tak perlu isi minyak. Seronok kan, duit petrol boleh simpan untuk bayar sewa rumah atau hutang kereta. 

Mengapa kenderaan di sini tak perlu isi petrol?





Ini kerana kenderaan di desa itu dapat bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan!! 
Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com,telah mengadakan ujian semalam dan mendapati memang benar kereta yang diuji mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.
Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk tempatan, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.
Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan. Mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi yang mungkin memacu kenderaan-kenderaan itu bergerak.
Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu.
Maha suci Tuhan yang mencipta sesuatu dengan keajaibanNya.
Jika korang nak tengok video mengenai fenomena aneh ini korang boleh lihatnya di sini......

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....