Penglibatan famili KRU dalam pembikinan gambar/video lucah bukan perkara baru. Beberapa tahun dulu pernah heboh mengenai gambar aksi lucah membabitkan sesusuk tubuh yang menyerupai Edry KRU dan Linda Rafar. Tapi kedua-duanya menafikan ketulenan gambar itu yang didakwa mereka dibuat menerusi teknik superimpose.
Lepas itu sekitar 2008 dunia hiburan Indonesia dan Malaysia dihebohkan pula oleh kisah Yusry KRU meraba payudara artis Indonesia Revilina S.Temat yang boleh disaksikan dalam satu rakaman video.
Dan hari ini tersiar pula berita dalam Kosmo mengenai kemungkinan Yusry KRU akan dilibatkan dalam penyiasatan video sex yang dikatakan membabitkan seorang tokoh pembangkang dan seorang wanita Cina.
Menurut Kosmo, pasukan penyiasat Polis kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa itu bagi membantu Polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Baguslah jika Yusry KRU menjadi juru khidmat polis bagi menyiasat kes video sex tokoh pembangkang itu. Pakar profesional seperti Yusry memang sesuai menyiasat hal-hal sedemikian kerana Yusry sendiri pernah terlibat dalam video kurang manis dengan Revilina S.Temat dan saudaranya pula Endry juga pernah melalui hal yang sama. Lagi pun sebelum siasatan bermula lagi, Yusry dikatakan telah memberi komen ke atas video sex tukoh pembangkang itu dengan berkata "adalah hampir mustahil untuk melakukan superimpose ke atas wajah seseorang dalam sebuah video yang bergerak".
Hukuman sudah dijatuhkan oleh Yusry sebelum siasatan dibuat terhadap video sex itu. Jadi amatlah molek benar jika Polis mengambil Yusri untuk mengadili kes ini. Kerja Polis akan jadi lebih mudah dan cepat!!
Kata tak suka dengan politik lucah. heran, tulis gak..hikhik
ReplyDelete