»

15 March 2011

Malaysia Dalam Ranking 10 Negara Sex Bebas Dunia...Banggakah Korang??

Banggakah korang, jika Malaysia dimasukkan dalam ranking top ten dunia? Mungkin bangga jika Malaysia top ten dalam ranking FIFA, atau ranking 10 negara terkaya atau ranking 10 negara paling berjaya di dunia. 















Di negara sex bebas, pelacuran berleluasa....

Tapi apa yang JR nak dedahkan ni ialah Malaysia dimasukkan dalam ranking 10 negara sex bebas dunia!! Bolehkah kita bangga bila Malaysia dalam ranking salah sebuah 10 negara sex bebas dunia?  

Tapi bila baca akhbar yang setiap hari penuh dengan cerita rogol, buang anak tepi jalan, sumbang muhrim, bla..bla..bla..ia ada asasnya mengapa Malaysia dianggap salah sebuah 10 negara sex bebas dunia. Itu belum masuk lagi cerita skandal VVIP termasuk menteri dan artis, kisah liwat seorang mantan Menteri yang hari-hari tanpa malu disiarkan dengan terperinci dalam TV dan akhbar...patut dan memang patut mereka memilih Malaysia dalam salah satu 10 negara sex bebas dunia, banyak sangat kes sex di sini!!

Oleh itu jangan marah jika berdasarkan survey yang dilakukan oleh Durex Poin terdapat 10 negara sex bebas paling unggul di bumi ini, dan Malaysia adalah salah satunya. Survey yang dibuat itu  berdasarkan budaya, pola hidup dan kegiatan penduduk di negara berkenaann. Jom tengok Malaysia di tangga ke berapa dalam ranking negara sex bebas dan mengapa Durex memilih negara-negara berkenaan dalam senarainya:

1. Greece

Semua orang  tahu negara ini memiliki tradisi seks sejak dari zaman kuno. Dengan iklim Mediteranian dan memiliki banyak pulau dan pantai, menjadikan Greece negara nombor satu sex bebas  di dunia, mengikut Durex.

2. Brazil

Brazil merupakan tanah kelahiran dari "thong". Di negara itu seks adalah dianggap sama pentingnya dengan bernafas. Pantainya selalu dipenuhi wanita-wanita cantik di samping Brazil memiliki karnival pesta sex  tahunan yang membuat Brasil dimasukkan dalam daftar negara sex bebas.

3. Russia

Ketika diperintah komunis, negara ini kelihatan sangat konservatif dalam kehidupan sex. Tapi sebaik saja tumbangnya komunisme, sex bebas mula menjadi amalan penduduknya. Libido orang Rusia membuat kelab dan bar berkembang sangat pesat di Moscow, di mana hookups merupakan hiburan malam di negara  ini.

4. China

Semakin berevolusi budaya China, menyebabkan semakin berevolusinya kegiatan seksual di negara ini. Ingin bukti? Hanya dalam tempoh 8 tahun saja, 5,000 kedai  penyedia perlengkapan dan keperluan seks telah didirikan di Biejing. Malah 70% produk seks dunia adalah buatan China...dengan itu tak heran jika China dimasukkan  dalam senarai ini.

5. Poland

Budaya seks Poland cukup konservatif semasa era komunis, namun bila komunis runtuh, budaya sex bebas mula memasuki Poland dengan sangat pesat. Kini Poland memiliki festival tahunan dengan nama Eroticon yang menampilkan produk-produk terbaru perlengkapan seks. Skandal politik Poland pernah terjadi dan diketahui umum.

6. Itali

Orang Itali percaya hubungan seks harus dilakukan setiap hari. Kaji selidik mendapati bahawa 32% orang Itali yang berusia 60 tahun ke atas, melakukan hubungan seks secara teratur. Sebab itu Italy dimasukkan dalam senarai Durex  ini.

7. Malaysia

Menurut survey Durex, secara umumnya budaya seks Malaysia masih konservatif. Namun di balik itu banyak kontroversi yang terjadi. Contohnya, pendidikan seks yang bakal diajar di sekolah menyamai negara-negara Barat dan tentu juga kes rogol, buang anak, skandal VIP dll..

Di balik kontroversi tersebut, menurut Durex, ada fakta yang menunjukan orang-orang Malaysia memiliki tahap gila sex yang tinggi hingga Menteri Kesihatan Malaysia juga pernah meletak jawatan kerana menjadi bintang porno dalam satu video lucah dan kini bekas menteri itu menjadi salah seorang manusia yang paling penting dalam parti komponen BN yang memerintah Malaysia.

8. Sepanyol

Di tanah Zorro ini, seks sudah merupakan budaya dan persepsi. Tradisi seks penduduk Sepanyol ini sering diabadikan dalam istilah-istilah moden, seperti  Spanish-Fly dan Viagra, walaupun sebenarnya penduduk Spanyol tidak terlalu menggunakan produk-produk tersebut. Berdasarkan alasan tersedbut, Durex memasukkan Sepanyol  dalam senarai ini.

9. Switzerland

Negara seterusnya dalam senarai negara sex bebas ialah Swizerland. Walaupun mereka memiliki sikap neuteral dalam bidang politik, namun untuk urusan seks lain ceritanya pula. Pelacuran adalah sah mengikut undang-undang di negara ini di mana pada setiap tahun setiap seorang penduduk Switzerland membelanjakan  350,000 Frank untuk mendapatkan kepuasan seks dari pelacur. Dengan komitmen ini, mengikut Durex, sangat wajar jika Switzerland dimasukkan dalam senarai ini.

10. Mexico

Mexico, negara tanah jajahan Sepanyol memiliki tingkat gila sex yang agak tinggi. Kerajaan mereka tidak memandang berat aktiviti sex bebas di negara itu, malah menyokongnya.  Pada Mei 2008 pemerintah Mexico mengedarkan 700,000  buku pembelajaran seks kepada semua pelajar sekolahnya. Ironisnya, walaupun pelacuran tidak diiktiraf sah di sisi undang-undang, namun beberapa wilayah di Mexiko seperti Tijuna menghalalkannya.

(Sumber asal maklumat:  lintasberita)

4 comments:

  1. salam tuan

    dahsat Msia...ingat kuat bola saja, orang dia kuat maksiat juga. Dalam banyak2 tu...rasanya negara kita negara Islam ya?

    hebatnya Negara islam contoh ni....

    tunggu bala apa pula akan melanda..

    http://www.mohamadazhan.com/2011/03/jom-kempen-pakai-kondom-elak-hiv-gambar.html

    ReplyDelete
  2. Mohamadazhan: Malaysia negara Islam? Berzina pun cuma kena denda RM300, negara Islam ke tu?

    ReplyDelete
  3. Malon bodoh...
    Malaysial Negara pelacur... Najib Gay..
    Anwar ibrahim Gay... Haha..
    Malaysialan Negara sex

    ReplyDelete
  4. Memang tak betul survey ni kata M'sia negara seks bebas. Mana negara Thailand & Filipina yg terkenal dgn pelacuran terbukanya, kelab bogel merata2. Mengapa Holland tak termasuk kerana Amsterdam terkenal dgn "Free Sex"nya. Banyak lagi negara2 kat Europe yg mengamalkan seks bebas...tapi tak dalam senarai. So berita ni kurang tepat.

    Malaysia BUKAN la negara Islam tetapi "negara majoriti penduduk Islam", kalau tak silap cuma 55 -60% aje org Islam. Kalau kategori negara Islam, undang2 negara tu keseluruhannya mengikut undang2 Islam sahaja macam Arab Saudi. Kat M'sia terdapat 2 jenis undang2 "Civil Law" dan "Syariah Law" utk org2 Islam kalau nak guna. Bila undang2 bertindih antara org Islam dan Kafir, undang2 Civil yg diguna pakai mengatasi syariah law...undang2 Islam takde kuasa. Oleh sebab itu....Malaysia bukanla negara Islam tetapi cuma negara majoriti Islam.


    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....