»

18 March 2011

Jom Kita Beli Album Gadis Sexy Anak Timbalan Perdana Menteri

Kata orang nak jadi artis perlu ada pakej - pertama: perlu cantik, kedua: badan tak boleh montel dan gedebob, dan yang terakhir sekali suara kena sedap..

Tapi kalau anak VVIP yang petik sebelah jari wang boleh masuk puluhan ribu, dan anak VVIP tu jadi penyanyi, pakej tu masih penting sangat ke? Mungkin tak penting kan? Sebab wang boleh menutup muka yang sembab, lemak di perut, kulit yang tak secerah mana, malah panau di belakang badan...

Tapi apa yang nak JR sentuh di sini tak ada kena mengena dengan muka yang sembab, lemak di perut atau kulit yang tak begitu cerah. 

Apa yang JR nak sentuh malam ni ialah mengenai kemunculan seorang artis baru di persada musik negara ini. Ini foto artis baru, tu:


Korang kenal dia? Boleh tahan juga cantiknya, kan? 

Dan ini gambar-gambar penyanyi baru tu lagi...cantik dan sexy:

Nama artis baru ni ialah Najwa Mahiaddin, 25 tahun. Nama sebenar Najwa ialah Najwa Muhyiddin, tapi memandangkan nama Muhyiddin tak begitu komersial, ia ditukar kepada Mahiaddin. Dia berasal dari Johor dan sekarang sedang menuntut   di Berklee College of Music, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. 

Hari ini, Najwa telah dapat  merealisasikan impiannya dengan melahirkan sebuah album sulung yang berjudul Innocent Soul


gaya menggoda Najwa....

Terdapat 10 lagu Inggeris yang dimuatkan dalam album tersebut yang semuanya  berirama soul diterbitkan oleh Nada Biru Musik dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Lirik semua lagu-lagu itu ditulis sendiri oleh Najwa.

Najwa bersama pengurus A&R Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad ketika melancarkan album Innocent Soul.

Bagaimanapun, kata Najwa kepada mStar ketiadaan lagu-lagu Melayu dalam album itu disebabkan dia lebih selesa menulis lirik dalam bahasa Inggeris.

"Saya bukan riak, tetapi bila kurang berkebolehan menulis lirik dalam sesebuah bahasa (Bahasa Melayu), bunyinya akan kedengaran pelik sedikit," kata Najwa.

Najwa membuat persembahan pembukaan sebelum pelancaran albumnya.


boleh tahan sexy nya...

Jadi Najwa kurang berkebolehan menulis dalam Bahasa Melayu dan lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris?  Maklumlah Najwa bukan anak sebarang orang...

Najwa punya empat beradik terdiri dari  Fakhri, Nabilah  dan Farhan. Ibunya bernama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman dan ini ialah foto ibu, ayah, abangnya dan Najwa (kanan sekali):




Jadi kepada peminat industri musik Melayu, jom lah kita ramai-ramai memberi sokongan kepada Najwa..Jangan lupa membeli CD lagu-lagunya. Pastikan beli yang original, sebab ayahnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia  tentu murka jika ada yang membeli CD cetak rompak....

2 comments:

  1. Freaky bukan nak bersifat angkuh dan berlagak tapi ape yang jelas, Freaky x nampak pon die cantek dan seksi. huhuhu mesti takde yang nak beli :P

    ReplyDelete
  2. Freaky: Cantik tu subjektif, lain mata lain yg kata...Apa yg penting, WANG artis baru ni "sangat cantik": maklumlah anak TPM!!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....