»

20 March 2011

Jika Ke Hotel, Dongak-Dongaklah Selalu Ke Arah Siling

Display of Mini Spy Camera.




















Korang pernah tidur kat hotel tak? Pasti ramai yang bukan saja pernah, tapi sudah banyak kali tidur kat hotel. Bagi yang masih muda, mereka ke hotel kebanyakannya kerana mengikut ibu bapa yang kebetulan perlu bermalam di hotel. Bagi yang dah bekerja pula, kadang-kadang ada urusan rasmi yang memerlukan seseorang itu bermalam di hotel. 

Tapi bila ke hotel, pernahkah korang mengamati apa yang ada di atas siling? Mulai sekarang jika korang ke hotel, dongak-dongaklah sama ke siling, kerana mungkin ada kamera pengintip kecil sedang merakamkan pergerakan korang. Bukan saja pompuan yang perlu berjaga-jaga tetapi lelaki juga perlu berwaspada bagi mengelakkan gambar mereka dalam keadaan memalukan tersebar dan mereka diblackmail!!

Mengikut Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong pada tahun lepas sahaja ada lima aduan mengenai pengambilan gambar  tanpa pengetahuan pengunjung, di mana gambar-gambar dan video-video itu kemudian digunakan untuk memeras ugut pengunjung hotel berkenaan sehingga melibatkan tuntutan sebanyak RM300,000 (USD98,300).  Kamera pengintip yang dipasang itu tersangat kecil, dan tanpa pemerhatian teliti tidak mungkin pengunjung meyedari kehadiran kamera-kamera tersebut. 

Michael berkata semua kejadian berkenaan adalah didalangi oleh sebuah sendiket yang kerjanya cuma memeras ugut pengunjung hotel.

Kepada pengunjung-pengunjung hotel, awas, sesekali dongak-dongaklah sama mata ke atas, mungkin korang sedang diperhati!!

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....