»

26 February 2011

Mamposss....Insuran Kenderaan Bermotor Naik Lagi!!!

Ini berita yang JR malas nak dengar ni, cekik orang betul!!! Berita buruk di tengahari Sabtu ni ialah: insuran kenderaan bermotor akan meningkat lagi secara berperingkat hingga tahun 2015 dalam usaha kerajaan untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans. Yang tak bestnya bagi JR ialah bila rugi sikit syarikat insuran dah melompat (betul ke rugi atau untung berkurangan?) sedang bila untung berpuluh tahun berlipat kali ganda depa diam saja....CIZZZZ!!

Lepas ni kena naik ramai2 macam ni baru baloi dengan kenaikan insuran...


Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, walaupun terdapat peningkatan selama lima tahun berturut-turut dalam kadar bayaran insuran, namun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil
Kenaikannya kecil dan tak membebankan? Eh, Datuk ni boleh la kata kecil, sebab gaji dan elaunnya berpuluh ribu sebulan dan insuran kereta besarnya BNM yang tanggung, tapi bagi rakyat marhaen macam JR pengalaman membaharui cukai jalan kereta dan motor setiap bulan adalah sangat memeritkan. Bayaran cukai jalan memang rendah tapi insuran naik berkali ganda setiap tahun!! Patut la ramai petani dan nelayan di kampung tak ada cukai jalan...pegawai-pegawai BNM yang banyak terperap dalam bilik air-con  tu  tau ke hal ni??

Ayat Datuk ni samalah seperti ayat menteri-menteri kita bila mengulas kenaikan harga ikan, susu, gula, ayam dan sebagainya: ia tak membebankan rakyat! Tak membebankan...cizzzzz!!

Kini pun kita terpaksa membayar satu kali ganda atau lebih peningkatan insurans dari 2 tahun sebelumnya. Sebelum ini insuran pihak ketiga dengan kadar RM100 lebih  meningkat kepada RM300 lebih, ni nak naik lagi?  Sekarang kenderaan berumur tak dilayan oleh sesetengah syarikat insurans atau kalau dilayan pun mereka akan tambah caj itu ini yang tak masuk akal. Bila ditanya apa caj macam-macam yang tak pernah kita dengar tu, wakil insuran biasanya cuma geleng kepala, "Nak explain pun payah...takut encik tak paham", kata mereka. Eh, ingat aku benak sangat ke sampai tak paham...matematik tak pernah gagal dari sekolah rendah sampai universiti tau, bisik hati..

Untuk menyedapkan hati rakyat, Datuk Abu Hassan  berkata, anggaran awal kenaikan bagi insurans pihak ketiga motosikal 100cc ke bawah adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun saja manakala insurans pihak pertama antara RM1 hingga RM2 setahun. Kereta persendirian 1,400cc ke bawah, insuran pihak ketiga hanya meningkat antara RM6 hingga RM34 manakala insurans pihak pertama antara RM7 hingga RM19.

Boleh  percaya ke dengan angka yang disebutkan, kenaikan yang tak sampai RM10 tu, konon-kononnya? Dari pengalaman lalu ia akan naik melebihi apa yang dicatatkan, begitulah selalunya. Sebab tu lah Datuk tu sebut sebagai anggaran awal, sebab bila jadi 'anggaran akhir' mungkin yang RM2 jadi RM200, yang RM34 jadi RM340, tapi biasalah Datuk kan: naik, naik, naik, naik, naik dan naik!!

Dah la kena bayar saman trafik ribu-ribu (bukan JR, tapi kawan JR), hmmm...ni nak naik kadar insuran motor pula, mampossssss!!

4 comments:

  1. sume naik ta paham la -____-

    ReplyDelete
  2. dato tu byk makan ubat kuat kot. nak bagi tau barang dia naik tak susahkan isteri dia .... ada byk isteri lain lagi ....insuran naik sebab apa ? ada kaitan dgn minyak ke? besi naik harga ke ? yg aku tau, ramai org cina yg kelentong insuran ni..? cermin tak pecah, tapi letak cermin pecah atas kereta amik gambar, claim cermin pecah... ni nampak depan mata .... kita org duit ciput, mana berani buat, takut kena tangkap, lawyer juga yg untung ....

    ReplyDelete
  3. @dayah: Nasib baik kdg2 hujan turun, jika tidak, lagi la panas hati!

    ReplyDelete
  4. org m'sia ni mmg lambat faham.. dah bertahun2 dah bg tahu.. tp derang redha, makanya terima je lah padahnya http://matahaw.blogspot.com/2011/02/insuran-lebih-mahal-untuk-proses.html?utm_source=BP_recent

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....