»

10 February 2011

Langkawi...Hari Yang Malang...



Beginilah nasib diriku yang malang
Oh Tuhannn...


P Ramlee

Kalau korang peminat citer P.Ramlee dan peminat lagu P.Ramlee tentu korang tau lirik dan melodi lagu tu. JR sendiri tak ingat jodol lagu tu, tapi ingat sangat sebahagian liriknya dari filem "Ali Baba" tu. Mana tak ingat, setahun entah berapa kali filem Ali Baba diulang tayang sejak bertahun-tahun dulu, sampai bukan saja lirik lagunya, jalan ceritanya pun boleh ingat.

Tapi apa yang JR nak citer kat sini bukan mengenai P.Ramlee atau Ali Baba. Yang JR nak citer mengenai hari malang JR di Langkawi. Hari ni hari ketiga JR di Langkawi. Semalam hari kedua...itulah hari yang malang. Malang kerana apa yang dirancang semalam tak menjadi:

i)  Cita-cita asal nak menjelajah ke Gunung Mat Cincang dengan cable car semalam tak menjadi, kerana cable car dalam penyelenggaraan. Hari ni nak ke situ lagi, harap-harap tak ada masalah..

ii)  Lepas tu ke Makam Mahsuri, tapi gadis di kaunter menasihatkan kami datang esok kerana makam tu akan ditutup setengah jam lagi.

iii) Isteri nak jumpa rakan-rakan lamanya di Langkawi, tapi ketika sampai di pejabat sudah jam 5 petang, ramai rakannya dah keluar pejabat...

iv) Bila tiba di rumah nak buka internet, tapi tak dapat. taliannya..malam traffik internet teruk kot kat sini....alahai...Lalu malam tadi tidur ajer lah, nak buat 1 entry kat blog ni pun tak dapat....

http://1.bp.blogspot.com/_dkHPwc9MUaI/TBWhMUZUtcI/AAAAAAAAAfc/9dil35_CkC8/s1600/Image395.jpg
Tanjung Rhu...pantai yg alamnya belum tercemar

Kerana banyak program tak jadi petang semalam, kami pergi bersantai kat Tanjung Rhu. Ramai ikan duyung putih yang tersadai di Tanjung Rhu yang jantannya cuma berseluar dalam dan betinanya cuma bercoli, pemandangan biasa kat Langkawi...

Sekejap lagi kami nak keluar lagi...Harap-harap hari ni yang bertuah untuk kami......

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....