»

08 February 2011

Jejantas Diperbuat Dari Emas Akan Dibina Di KL?? Gilaaa....

 Gambar hiasan...Ini bukan jejantas emas yang nak dibina tuuu


JR terkejut beruk mendengar berita bahawa kerajaan kesayangan kita telah meluluskan pembinaan jejantas yang menghubungkan jalan utama Kuala Lumpur sepanjang 142 meter bernilai RM10 juta. Kalau dikira kos RM10 juta untuk jejantas sepanjang 142 meter, bermakna ia menelan kos RM70,422 seMETER, JR ulangi: RM70,422 seMETER!!


RM70,422 semeter? Apa, JR salah dengar ke? Secanggih manakah jejantas tu yang menyebabkan harganya semahal tu? Memanglah ia lebih canggih dari jambatan besi di kampung JR yang teguh berpuluh tahun yang cuma bernilai  RM100,000 tu, tapi....RM70,422 semeter tak kah ia terlalu mahal? Jejantas itu mengikut sumber kerajaan berhawa dingin, tak tau lah mengapa perlu berhawa dingin, sedangkan banyak masjid masih menggunakan kipas.(Buat hawa dingin pun, ramai warga kota masih suka melintas jalan, kerana ia lebih cepat dan tak perlu panjat tangga atau escalator). Atau (ini tekaan JR saja)...jejantas tu diperbuat dari emas (seperti dalam cerita Putri Gunung Ledang)???

Apapun bagi JR dalam keadaan ekonomi negara yang masih tak lah sehebat mana ni, eloklah kerajaan berjimat cermat sikit. Nak bina jejantas memang JR sokong, tapi janganlah menggunakan peruntukan yang tak masuk akal, ia bukan wang yang turun dari langit, ia wang pembayar cukai seperti JR dan rakyat marhaen lain yang kadang-kadang hampir rasa tercekik dalam keadaan ekonomi yang tak keruan ni...

~ JR

2 comments:

  1. kerajaan 1malaysia tak habis-habis dengan idea membazir. hmm..


    alma2paradise

    ReplyDelete
  2. Hmmmm....yg baik kita sokong, yg tak baik kita tegur...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....