Korang suka minum kopi? Ramai orang suka minum kopi untuk melawan rasa mengantuk. JR tak berapa suka kopi, tapi kadang-kadang minum la juga. Tapi buat wanita, sebaiknya mereka membatasi tabiat minum kopi, kerana untuk maklumat korang... KOPI TAK MESRA PAYUDARA WANITA.
Mengapa JR katakan kopi tak mesra payudara wanita?
Ini kerana satu kajian oleh pakar makanan Sweden pada tahun 2008 menemukan fakta bahawa minum tiga cawan kopi dalam sehari dapat memperkecil ukuran payudara wanita. Bahaya tu! Bagi wanita payudara bukan saja lambang kewanitaan, tapi ia juga sumber utama yang menghasilkan susu ketika pembesaran bayi.
"Minum kopi dapat memberi pengaruh besar kepada ukuran payudara," kata Helena Jernstroem, Pensyarah Onkologi Eksperimental Lund University di Sweden. Menurutnya, hubungan yang jelas antara minum kopi dan ukuran payudara adalah kerana sekitar setengah dari populasi wanita memiliki gen tertentu yang membuat jaringan lemak menyusut akibat terlalu banyak minum kopi.
"Tapi wanita tak perlu khuatir, kopi tak membuat payudara menyusut hanya dalam satu malam, ia mengambil masa. Payudara wanita (yang mengambil kopi) hanya akan menjadi semakin kecil, namun payudaranya tidak akan hilang langsung," kata Jernstroem.
Untuk menghindari pengecutan payudara, Jernstroem menasihatkan wanita agar mengurangi atau sebaiknya menghentikan langsung kebiasaan meminum kopi. Selain itu, diet tinggi serat, menambah makanan laut serta pengambilan vitamin A, vitamin E dan yodium juga boleh mencegah terjadinya pengecutan payudara.
kalau laki yang ade payudara ( terlampau gemok ) , bole la suh die minum kopi ye jr. huhu amponn
ReplyDeleteFreaky memang pandai buat lawak!!
ReplyDelete