»

22 February 2011

Gempar: KL Dilanda Gegaran Gempa New Zealand

 
Ini bukan gambar gempa bumi di KL, ini foto gempa di Christchurch yang telah menelan korban setakat ini  65 orang 

Berita 1: GEMPA BUMI DI NEW ZEALAND

Christchurch - Semua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar yang berada di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi kuat melanda bandar raya itu pada Selasa. Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay ketika dihubungi berkata pegawai di kedutaan Malaysia di Wellington telah diarahkan ke Christchurch untuk memantau keadaan di sana.

Usaha menghubungi para pelajar Malaysia di sana gagal kerana bandar raya itu dilaporkan mengalami gangguan telefon dan bekalan elektrik akibat gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter.

(Sumber: Bernama)
 

Berita 2: GEMPA DI KL


PETALING JAYA: Satu gegaran berlaku di dua daripada enam blok bangunan di kawasan sekitar bangunan pejabat di Pusat Bandar Damansara di sini tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengenai berlakunya gegaran kira-kira jam 12.45 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, orang ramai di bangunan tersebut serta bangunan berhampiran mula menyelamatkan diri ke kawasan tanah lapang. Mereka mendakwa berlakunya gegaran di tingkat enam bangunan A dan E yang menempatkan sebuah kolej (Kolej Universiti MAHSA),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

(Sumber: Bernama)

JR: Seperti Malaysia, New Zealand adalah antara negara yang pernah  dikatakan selamat dari bencana gempa bumi. Tapi dalam tempoh 6 bulan ini, sudah dua kali negara itu dilanda gempa. 

Apa maknanya ni bila negara yang bukan dalam jalur gempa juga sudah kena gempa? Dan apa maknanya bila Malaysia yang terletak jauh dari jalur dan pusat gempa sering menerima tempiasnya?

Adakah Allah cuba mengingatkan kita sesuatu?

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....