»

21 February 2011

Berita Yang Buat Pompuan 1Dunia Susah Hati


Tak kiralah pompuan manapun, sama ada dia kakak, adik pompuan, mak, nenek, isteri, tunang atau girl fren korang, jika mereka membaca berita ni, JR jamin mesti mereka susah hati punya, tak susah hati banyak, susah hati sikit. Kalau korang yang membaca berita ni pompuan, korang pun mesti susah hati. Apa berita yang boleh buat korang susah hati hari ni, JR ni potong stim betul, pagi-pagi lagi dah nak buat korang susah hati!!



loading


Baca berita ni:

KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Pembangunan Luar Bandar Terengganu,  berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.

Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya,” katanya.

OK, sekarang korang yang pompuan tu rasa susah hati tak? Yang lelaki pula rasa takut tak, kemungkinan korang akan kehilangan nenek, ibu, kakak, tunang, isteri atau girlfren yang dah bertahun-tahun memakai tuala wanita? JR pun rasa tak senang hati juga kerana walaupun lelaki tapi JR punya isteri dan saudara perempuan...

Sampah
Dari kertas buangan inilah dibikin tuala wanita yang korang pakai

Bila JR pikir-pikir apa yang EXCO Terengganu tu kata ada logiknya: mengapa pompuan zaman nenek-nenek kita dulu tak pernah dengar kena barah pangkal rahim? Adakah kerana orang-orang dulu tak menggunakan tuala wanita maka mereka terselamat dari penyakit yang sangat-sangat bahaya tu?

Jika korang wanita, korang pasti tau penyakit barah pangkal rahim ni sangat bahaya. Korang baca di bawah antara fakta-fakta penyakit ni yang JR kumpul dari beberapa sumber:

-  Barah pangkal rahim adalah pembunuh wanita nombor dua di negara ini selepas barah payudara

-  Setiap tahun antara 2,000-3,000 wanita mengidap barah pangkal rahim di negara ini yang dirujuk ke hospital kerajaan (hospital swasta mungkin lagi ramai, tapi tak ada rekod)

-  10.5% daripada wanita yang meninggal dunia di hospital kerajaan adalah terdiri dari pengidap penyakit barah pangkal rahim

-  Barah pangkal rahim pada mulanya akan menyerang rahim dan jika tak dirawat cepat ia akan merebak keseluruh tubuh melalui sistem darah.

-  Ujian pepsmear dapat mengesan barah pangkal rahim di peringkat awal.

Amacam, takut tak? Jika ada rasa sedikit gerun, minta nasihat nenek atau mak korang apa yang dipakai oleh orang-orang terdahulu bila mereka datang bulan...(Jangan tanya bapa atau atok korang, nanti mereka ketawakan korang!!)

2 comments:

  1. cousin nohfee ade ckap...dulu dorang guna towel good morning tu je.
    pergh~~~

    ReplyDelete
  2. @Nohfee: Bukan buat dari kain batik ke?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....