»

17 February 2011

Aku Bangga Jadi Orang Miskin Di Negara Kaya


Malam tadi JR masukkan entry mengenai 10 manusia terkaya di Malaysia, di mana cuma seorang saja Melayu. Jika di ambil kira 20 manusia terkaya di Malaysia, terdapat 3 Melayu. Hari ni bila buka akhbar, cerita manusia-manusia terkaya di Malaysia itu baru disiarkan. Bagi JR ia telah jadi berita basi kerana ramai orang telah dapat maklumat itu sejak semalam. Tapi apa nak buat, akhbar kita kebanyakannya keluar pagi, kalau ada yang keluar malam tentu banyak berita terkini lebih cepat diketahui orang ramai.


Rumah bilionaire...

Hari ini dalam akhbar juga disiarkan kenyataan Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan bahawa 45% daripada pekerja swasta di negara ini hidup dalam kedaifan. Gaji mereka tak cukup untuk menyara hidup hingga terpaksa buat kerja sampingan seperti memandu teksi, kerja kilang atau buat jualan langsung. Dari kajian MTUC juga mendapati 35% pekerja swasta berpendapatan di bawah RM700 sebulan iaitu dalam golongan miskin.

Rupanya di kala kita bangga memiliki 20 bilionaire (3 darinya Melayu, termasuk anak Dr Mahathir), di masa yang sama masih teredapat ramai yang miskin berpendapatan di bawah RM700 yang tinggal kat rumah-rumah begini: 



Atau ada juga yang kerana kemiskinannya terpaksa tidur di tepi jalan:


Bagaimana nak hidup dengan pendapatan RM700 sebulan ketika sewa rumah, barang makanan dan kos sara hidup lain melambung tinggi? Patutlah banyak jenayah: ragut, rompak, curi, kerana kebanyakan rakyat dalam kesempitan.

TV kita selalu mengulang tayang slogan bahawa negara ini kaya raya, makmur, malangnya masih ramai yang miskin hingga terpaksa buat dua kerja untuk menyara hidup keluarga. Bagi JR apa guna negara kaya jika rakyat miskin? Lebih baik hidup di negara miskin tapi rakyat kaya!!!

JR: biar tak kaya harta, asal kaya budi bahasa....

3 comments:

  1. mmg skrg ni semuanya perlukan duit. apa pun, kita berdoa semoga ape yg kita dpt, cukup lah utk kite tak sampai ke tahap tido tepi jalan. kalau dpt lebih, alhamdulillah... :)

    ReplyDelete
  2. @Pearl Kaz: Semoga rezeki kita walaupun kecil diberkati Allah...

    ReplyDelete
  3. Saya pun agree - biar negara miskin tp rakyat kaya...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....