»

25 January 2011

Mengapa Iblis Minat Sangat Dengan Pompuan Melayu??


Bila membaca atau menonton insiden-insiden yang macam gambar bawah nie, JR selalu bertanya: mengapa yang selalu kena macam tu ialah pompuan Melayu? Mengapa tidak lelaki Melayu yang kena? Adakah kerana pompuan secara fizikalnya memang lemah dari lelaki, jadi mudah dijadikan sasaran rasukan setan? Tapi jika pompuan lemah, mengapa pompuan Cina dan India pula jarang sangat (atau tak pernah dengar langsung) kena macam niee:

histeria...mengapa ramai yg kena pompuan Melayu??

Histeria..histeria..histeria....isunya: mengapa pompuan Melayu, terutama pelajar pompuan Melayu mudah dapat histeria? Hari ni pun ada berita dalam akhbar, cerita pelajar perempuan sebuah sekolah di Temerloh yang diserang histeria hingga menjilat darahnya sendiri...seram...Baca di sini ceritanya.....

Kata orang, histeria ada hubungan dengan gangguan iblis. Soalnya mengapa jika di sekolah, pelajar pompuan Melayu saja yang kena histeria? JR pernah melalui satu kawasan sekolah dan menyaksikan orang ramai berkumpul, rupanya berlaku kejadian histeria di sekolah tu. Sekolah tu adalah sekolah bercampur lelaki dan perempuan dari semua kaum. Yang anehnya walaupun di sekolah tu ramai pelajar perempuan Cina, tak seorang pun yang terkena histeria. Yang kena histeria kira-kira 10 orang semuanya pelajar pompuan Melayu. Pelik!!

Soalan cepu mas sekali lagi: Mengapa pompuan Melayu mudah kena histeria? Mengapa iblis suka ganggu pompuan Melayu? Terlalu cantik sangat-sangat-sangatkah pompuan Melayu berbanding pompuan Cina, India dan Sikh hingga iblis sangat berminat untuk mengorat, mengusik dan merasuk mereka??

Korang ada jawapan??

6 comments:

  1. haa pasal isu ni pon x paham jugak sbb yang asik kene melayu je

    ReplyDelete
  2. ye lah.. kurang pasti pule.. huhu.. alhamdulillah setakat ni tak pernah kena lg dan tak pernah berdepan dgn org yg kena histeria. minta dijauhkan.

    ReplyDelete
  3. @Freaky: Itulah isunya: mengapa iblis sukakan pompuan Melayu??

    @Pearl Kaz: Berdoalah selalu agar dijauhkan drpd bencana...

    ReplyDelete
  4. ni mesti setan suka pilih pun cun ni kan??yala,org melayu kan cun2.org tuuutt..hehe sensored jap...dorg tak cun,heee

    serius,ntah la JR..ssh nak ditrima dek akal kita ni..rasanya??soal balik ni..heheeee

    ReplyDelete
  5. jawapannya mudah.coz kebanyakan org melayu ialah org islam...iblis suka menghancur dan menggangu org islam terutamanya wanita islam (kebanyakan golongan wanitalah yang lemah semangat)....tujuan mereka ialah untuk memesongkan akidah umat islam supaya kita berasa takut pada iblis tapi bukan takut kepada ALLAH SWT..once kita takut kepada iblis,automatik akidah kita terpesong.misi iblis pun tercapai kerana iblis sedaya upaya akan memesongkan akidah cucu adam. seperti yang kita ketahui,iblis adalah musuh manusia.mereka tidak akan membuang masa mereka untuk memesongkan penganut agama lain yang sudah sedia ada terpesong(tidak perlu saya jelaskan nama agama tersebut..kalian sendiri maseh boleh fikir apa yang saya maksudkan).lagipun KEBANYAKAN(tidak semua) keimanan org melayu masih berada di tahap sederhana.masih boleh dipesongkan oleh iblis.keimanan org islam dinegara kita masih belum setanding dengan masyarakat islam di negara2 islam yang tersohor.if tahap keimanan kita berada ditahap yang tinggi,insyaALLAH iblis tidak akan berani mengganggu kita kerana kita sentiasa dilindung oleh para malaikat yang diutuskan oleh ALLAH SWT..ALLAHUALAM...

    ReplyDelete
  6. radenzul*13seroja* SARAWAK21/10/11 1:18 AM

    saya mohon maaf sekirnya terdapat kesilapan dan perncanggahan berkenaan dengan pendapat peribadi saya.diharap kalian sudi perbetulkan apa yang kurang daripada saya..InsyaALLAH saya menerima teguran dengan hati yang terbuka....Yang baik datang daripada ALLAH SWT dan yang silap datang daripada kelalaian saya sendiri....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....