»

05 January 2011

KENAPA ARTIS KITA TAK JEMU-JEMU BUAT MAKSIAT?



Ah, nampak keras sikit tajuk ni...okay,okay aku cuba nak lembutkan...tapi camna nak lembutkan, sebab hati memang menyampah bila baca kisah skandal artis-artis kita yang tak habis-habis tu. Dalam drama kat TV bukan main baik, bukan main lemah lembut, tapi di luar...ah, realiti tak secantik fantasi...

Aku sebenarnya bukan minat sangat dengan artis-artis gila glamour Melayu tu, tapi bila cerita mereka keluar di TV, TERtengok la juga. Sebab mereka di anggap sebagai role model remaja kita, maka walaupun kurang kenal, aku tulis la juga, sebab aku kecewa bila role model seperti tak layak jadi model. Macam mana nak jadi role model jika sudahlah pakai menjolok mata, kelakuan pula menjolok hidung....hamis!!

Antara pelakon yang dulu aku suka ler juga tengok dia berlakon ialah Norman Hakim. Tapi lepas dia kena tangkap kes khalwat dengan Memey Suhaiza, minat nak tengok dia berlakon pudar dengan teruknya. Dan bila aku baca curahan hati bekas isterinya pelakon Abby Abadi mengenai perkembangan terkini Norman dan Memey, ahh...bertambah rasa payau rasa tekakku. 
Dalam coretan Facebook terbarunya,  Abby telahmenyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga dan mahu menunjuk-nunjuk dia kini  tinggal serumah dengan Norman yang belum dikahwininya. Seperti tak serik betul, Norman dan Memey ni  dah kena tangkap pun masih nak tinggal serumah macam Mat Salih. Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey:


Seperti kata Abby dalam mStar

“Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak, mesti dia (Memey) yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya. Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah. Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu?"

Memang apa yang dikatakan Abby itu ada betulnya. Status "tunang" bukan satu lesen yang membenarkan seseorang lelaki dan wanita itu tinggal serumah.

Entahlah, aku tak faham dengan artis-artis Melayu ni...Kadang-kadang geli geleman tekak mendengar cerita-cerita negatif yang mereka tontonkan. Tak jemu-jemu....

~ JR

3 comments:

  1. ish, terok jugak en memey ni. hidup artis malaysia tak nak kalah dengan artis antarabangsa, artis antarabangsa lain la cerita, tak beragama pon ada. takkan la mereka yang beragama ni pon nak ikot? aduh~

    ReplyDelete
  2. erk...dasar ppuan tak tau malu..uwwekkk!! kurang ajar tol..

    ReplyDelete
  3. manusia biasa6/1/11 7:29 PM

    Tukang komen spt saya ,pembaca spt anda serta artis semuanya masih berterusan melakukan dosa samada di sedari ataupun tidak ,,,, yg pasti d akhirat kita akan jadi seperti artis kerena setiap perilakukan akan di pertontonkan kpd semua ,,,, moga hal ini jadi ikthibar utk diri saya dan anda semua

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....