»

24 January 2011

Jangan Biarkan Terperangkap Dengan Penipuan Mesin ATM



Jangan tiru aksi di bawah ni!! Ia cuma foto-foto bagaimana penipuan berlaku ketika kita berurusan di ATM.

Korang pernah tersangkut kad di ATM? Pasti pernah dan bagi JR bukan saja pernah, tapi banyak kali dah kes kad ATM tersangkut berlaku. Tapi nasib baiklah setiap kali tersangkut tidak diikuti musibah kehilangan wang. Nasib baik....

Tapi kita tak selalunya bernasib baik. Ini kerana dalam dunia ni bukan semua orang macam JR (puji diri sendiri nampakkk...) atau macam korang, kerana ada juga manusia yang macam malaon nie:

Penjahat memasang alat pada mesin ATM
Sungguh teliti kerja dia ni
Sorang lagi cover line kat luar
Ini pula mangsa pertama mereka..
Setelah selesai melakukan transaksi, anehnya kad ATM tak boleh dikeluarkan dari mesin itu. "Tertelan".

Penjahat ni datang kononnya nak beri bantuan

Penjenyah yang kononya 'baik hati' ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah dengan menekan nombor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol "Cancel""Enter". Dia ingin tahu berapa nombor PIN si mangsa ini. Pada gambar ini boleh kita lihat ada tombol yang ditekan oleh si mangsa. 
Setelah berusaha berkali-kali si 'Penolong' akan meyakinkan mangsa yang kadnya sudah benar-benar tertelan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk menghubungi pihak Bank.

Setelah situasi aman dan tidak disyaki, penjahat ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kad ATM dari alat perangkap yang dia pasang sebelumnya. Dia  telah mendapatkan nombor PIN nya yang telah berjaya diperolehi daripada mangsa .
Dari jam yang tertera di CCTV boleh  dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini berjaya membawa keluar duit $4,000 .

Bagaimanakah caranya perangkap itu dipasang?





Terima kasih kepada:  MalaysiaSensasi.Net kerana sudi membekalkan maklumat ni untuk JR sebarkan kepada kawan-kawan. Kepada korang pembaca blog ni, jangan dedahkan PIN korang kepada sesiapa pun, apa lagi kepada mereka yang tak dikenali atau baru dikenali atas alasan apa pun!!! 


Sebaiknya jika kad ATM tersangkut hubungi bank untuk dapatkan balik kad itu (jika waktu pejabat) atau jika bukan waktu pejabat, datang hari berikutnya ke bank untuk membuat aduan...Jangan pandai-pandai cari penyelesaian mengikut nasihat bijak pandai yang tak bertauliaah...

5 comments:

  1. dasyatnya! tak sangaka..

    ReplyDelete
  2. mcm2 cara skg ni nak kaut untung seklip mata...aduii^

    ReplyDelete
  3. otak y bergeliga tp di salaha gunakan da dipakaikan tralala :))

    dayah pernah kot dulu tp alhmdllh nsb baik ta da curi2 huhu

    ReplyDelete
  4. @genta: tak sangka cempedak boleh jadi nangka...
    @Woofer Storm: manusia dah hilang ketakutan pada neraka..
    dayah SnoW Heuka: bahaya jika org otak pandai buat kerja hina..

    ReplyDelete
  5. Bdk Botak pernah sangkut, waktu tu guna CDM nk masuk duit. Last2 duit yg nk guna urgent kena tggu bank siasat. Tapi xpa la, dapat balik duit tue.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....