Ucapan tahniah yang terlewat!! Tapi terlewat pun tak apalah kan, at least seperti kata mat salih better late than never. Walaupun terlewat 16 jam, JR mengambil kesempatan ni nak ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai Kejohanan Terbuka Badminton Malaysia semalam selepas mengalahkan jagoan Indonesia Taufik Hidayat 21-8, 21-17.
JR sebenarnya kalau boleh nak ucapkan tahniah petang semalam lagi sebaik mendengar berita kemenangan hero Malaysia tu. Tapi malangnya semalam JR sangat sibuk, hingga siaran langsung badminton kat TV pun tak sempat tengok. Laptop pun cuma dapat disentuh hampir tengah malam, tapi sentuh sekejap terus beradu kerana selain mengantuk, hati rasa fedup dengan kelajuan beruk-band jalur lebar internet yang langsung tak lebar tu, slow bukan main, terhegeh-hegeh macam kura-kura tua nak mampus...
Pagi ni bila dapat paper, seperti biasa ruang pertama yang JR selak ialah kolum sukan. Dan tiba-tiba terbaca tentang komen Taufik Hidayat mengenai kemenangan Chong Wei: "Saya hairan kenapa Chong Wei agak konsisten dalam kejohanan Siri Super berbanding kejohanan dunia. Chong Wei bermain baik setiap kali beraksi dalam kejohanan-kejohanan Siri Super, namun kejohanan-kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan Sukan Asia lain pula aksinya. Bagi saya dia sepatutnya lebih fokus terhadap perlawanan-perlawanan besar"

Taufik...jagoan dunia, tapi siri Super selalu tewas, ngapa dong, lu pun ada masalah mentak ya??
Walaupun kata-kata itu keluar dari mulut seorang yang tewas, tapi apa yang Taufik katakan itu ada benarnya. Taufik pernah banyak kali memenangi kejohanan-kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan Sukan Asia tapi Chong Wei...? Chong Wei tak pernah menang kejohanan-kejohanan besar seperti Taufik, mengapa ia berlaku??
Walaupun kata-kata itu keluar dari mulut seorang yang tewas, tapi apa yang Taufik katakan itu ada benarnya. Taufik pernah banyak kali memenangi kejohanan-kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan Sukan Asia tapi Chong Wei...? Chong Wei tak pernah menang kejohanan-kejohanan besar seperti Taufik, mengapa ia berlaku??
Mengapa ia berlaku? Adakah kerana kejohanan-kejohanan besar seperti itu hanya dapat mengharumkan nama negara dengan kilaun medal tapi tak menawarkan wang yang banyak? Adakah kerana Chong Wei seperti anak muda Malaysia yang lain lebih tertarik kepada wang dan kemewahan yang ditawarkan dalam kejohanan Siri Super? Apa yang ada pada Sukan Olimpik dan Sukan Asia selain dari medal dan nama Malaysia??
Bagi Taufik Chong Wei belum layak mengungguli kejohanan-kejohanan besar kerana, "Chong Wei ada kekurangan daripada aspek mental dan dia perlu mengatasinya"
Oh, kok gitu ya dong Taufik? Chong Wei ada masalah mental ya dong Taufik.... sebab tu ngak bisa menang di kejohanan-kejohanan besar?? Tapi lu toh selalu menang di kejohanan besar tapi tewas di Super Siries ngapa pula ya? Lu tak ada masalah mental ya siiih??
JR rasa Datuk Lee Chong Wei pasti tersinggung bila mendengar kata-kata Taufik tu...Sabar Datuk, yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan ingatan!!


tahniah kepada DLCW.. IR bru tau ni.. maklumlah takde tv..
ReplyDelete@IR: Tahniah juga kpd IR kerana masih mengungguli carta sebagai antara blogger paling popular
ReplyDelete