Kelepap-kelepap-kelepap
Kuk-kuk-kuk-kuuuuuuuukkk...
Kuk-kuk-kuk-kuuuuuuuukkk...
Itulah muzik yang bergema setiap pagi menjelang subuh dari luar rumah JR. Muzik kokokan ayam menjelang subuh itu telah menjadi alunan yang begitu sinonim dengan kehidupan penghuni rumah kami sejak bertahun lalu.
JR memelihara 20 ekor ayam: 3 merupakan ayam jantan manakala selebihnya ayam betina dan anak-anak ayam. Mujur kawasan rumah agak luas untuk ayam itu bergerak tanpa mengganggu ketenteraman jiran. JR memelihara untuk suka-suka saja dan sangat rapat dengan semua ayam-ayam itu.
Tapi 4 hari lepas seekor ibu ayam mati mengejut diikuti kematian dua ekor anaknya sehari lepas tu. Kemudian bermulalah seperti satu pesta kematian...seekor demi seekor ayam JR mati tanpa apa-apa simptom khusus. Semalam ayam jantan yang paling tua dan paling kuat suara kokokannya mati di pinggir reban di awal pagi. Pagi ini dua lagi ayam jantan mati mengejut.
Adakah kematian itu berlaku kerana kepanasan terlampau di utara sekarang atau ada wabak yang sedang melanda?
Apapun, berikutan kematian ketiga-tiga ekor ayam jantan tu, mulai hari ni tiada lagi suara kokokan ayam yang mengiringi keheningan subuh sepi. Pasti JR akan merindui suara-suara mersik dengan melodi yang menawan itu yang menggerakkan JR dari bangun pada hari-hari sebelumnya....
Rumah aku pun ada ayam, nak beli bolehlah, tapi ayam aku ni dah agak tua, bulunya dah habis bewarna putih, belalongnya pun putih juga, dahberuban. Namanya Najib. Nak beli ke ayam tua ni??
ReplyDelete