JR ni bukan suka sangat tengok drama Melayu. Ini kerana jalan ceritanya yang lebih kurang sama saja: cerita yang mesti ada watak tokoh korporat ranggi bergelar Datuk, Datin dan Tan Sri. Kemudian ada watak yang baik bukan main macam malaikat dan ada pula watak jahat sejahat-jahatnya macam Abu Jahal. Lalu terjadi perebutan harta, perebutan pemilikan syarikat, perebutan kekasih dan entah apa-apa lagi perebutan... Di akhir cerita si-baik menang dan si-jahat kalah. Lepas tu: SELESAI...
JR selalu berpikir: berapa ramai sangat dalam masyarakat Melayu yang jadi tokoh korporat, ada gelaran Datuk, Datin, Tan Sri ni? Mengapa tak cuba diceritakan sesuatu yang dekat dengan hati majoriti penonton tanpa watak Datuk, Datin dan Tan Sri yang memualkan tu?
Oleh itu bila malam tadi JR tertonton drama "Ustaz Amirul" dalam dalam TV, JR cepat jatuh cinta dengan jalan ceritanya yang berlatar belakangkan desa dan tak terlalu berbelit-belit tu.
Tapi yang JR nak sentuh di sini bukanlah kerana jalan cerita "Ustaz Amirul". Juga bukan tentang watak heronya yang dikatakan kini memang benar-benar sedang mendekatkan dirinya ke dunia ustaz tu. Yang JR nak sentuh di sini ialah mengenai lagu thema drama tu: lagu "Doa".
Lagu "Doa" yang menjadi lagu thema drama "Ustaz Amirul" ni asalnya dipopularkan oleh Kumpulan Kopratasa pada tahun 1980an dulu dan kemudian dinyanyikan semula oleh Aishah. Lirik lagunya memang sangat meruntun jiwa:
Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Dalam termanggu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Tuhanku cahayaMu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Sebenarnya lirik asal lagu ini diadaptasi oleh Kumpulan Kopratasa berdasarkan bait sajak "Doa" hasil karya penyair terkemuka Indonesia bernama Chairil Anwar. Chairil menghasilkan sajak "Doa" ni sudah lama...68 tahun dahulu - tahun 1943. Chairil Anwar yag pernah dicop sebagai penyair anarkis dan atheis menulis sajak penuh emosi ini di penghujung usianya ketika dia dikatakan kembali mengkagumi kekuasaan Tuhan yang sebelum ini pernah dipertikaikannya.
Chairil Anwar.....
Lirik lagu ini pada suatu masa pernah dipertikaikan dalam akhbar kerana punya kata-kata yang dilihat menghina Tuhan:
Tuhanku
PintuMu ku ketukAku tak bisa berpaling
Ada yang berkata: mengapa disebut Tuhanku pintuMu kuketuk....apa Tuhan tinggal dalam bilik ke sampai pintuNya perlu diketuk?
Sebenarnya bila Chairil menulis Tuhanku pintuMu ku ketuk, ia tak bermaksud Tuhan tinggal dalam rumah atau dalam bilik. Maksud sebenarnya ialah si-penulis ingin kembali mendekati Tuhan, berada dekat dengan Tuhan, seolah-olah mengetuk kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang selama ini dijauhinya...
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....