
Semalam ketika sedang bercakap mengenai seorang personaliti tu, Mrs X memberitahu JR, "Jaga-jaga..jangan main-main dengan dia tu..Dia anak Datuk!!"
Ooo dia anak Datuk, kata JR, tapi apa peduli aku dia anak Datuk ke, anak Tan Sri ke atau dia sendiri bergelar Datuk atau dia sendiri Tan Sri, apa aku peduli?? Yang JR hormati ialah gagasan seseorang dan bagaimana cara seseorang itu merialisasikan gagasannya dan bukannya nama-nama gelaran yang diberi oleh manusia kepada orang tu.
Apa JR peduli jika seseorang tu anak Datuk atau dia sendiri Datuk dalam atmosfera Malaysia di mana Datuk boleh dilihat berlambak-lambak ada di mana-mana? Kini bukan saja orang yang berjasa mendapat Datuk, tapi taukeh kedai nombor ekor pun ada gelaran Datuk, kaki todi pun ada gelaran Datuk, along yang menghisap darah orang pun ada gelaran Datuk, aktor dan aktres yang entah apa jasanya terhadap seni pun ada gelaran Datuk; jadi mengapa JR perlu heran dengan Datuk-Datuk tu semua?
Datuk kini hanya satu title yang tiada nilainya kerana siapa-siapa pun kini boleh dapat Datuk. Ia bukanlah satu gelaran terhormat setaraf dengan gelaran Sir di Englad yang hanya sebilangan mereka yang benar-benar berjasa saja dapat menikmati gelaran tu.
Bila bercakap tentang Datuk ni tiba-tiba JR teringat seorang mantan big boss JR di satu agensi di KL dulu. Mantan boss JR tu namanya Dr. Mat bin Man (bukan nama sebenar). Dr Mat bin Man ni bukan doktor medical, tapi doktor Ph.D. Dr Mat bin Man ni kemudian pergi haji dan lepas tu dia dianugerahkan gelaran Datuk oleh sebuah negeri di utara Semenanjung. Yang seronoknya tentang Datuk Dr Haji Mat bin Man ni ialah dia hanya menggunakan nama Mat Man dalam apa jua surat menyurat kepada staf dan agensi-agensi, malah kalau memo kepada Menteri pun Datuk yang humble ni hanya guna nama Mat Man. Dia tak mau guna nama 'bin' kerana katanya sekali tengok pun orang boleh tahu dia adalah lelaki dan bukannya perempuan, jadi mengapa perlu dipakai 'bin' lagi? Dia juga tak pakai nama 'haji' di depan namanya kerana katanya Nabi Muhammad dan Khalifah-khalifah Arrasyidin pun tak guna nama 'haji', jadi mengapa pula dia yang bukan alim sangat dalam soal agama tu perlu guna nama 'haji'?
Dia juga tak mau guna nama 'Dr' kerana katanya untuk apa dia beritahu dunia dia ada Ph D? Dia juga enggan dipanggil 'Datuk' dan memakai nama 'Datuk' dalam apa-apa urusan rasmi kerana katanya 'Datuk' tu tak kan boleh dibawa ke liang kubur. Bila mati katanya, hanya namanya dan nama ibunya yang akan dipanggil ketika talqin dibaca.
Jadi panggil saja dia 'Encik Mat Man!' dan bukannya "Datuk Dr Haji Mat bin Man" yang kelihatan glamour dan hebat tu. Sampai sekarang JR sangat respek dengan prinsip mantan boss JR tu yang tak pernah terliur dengan gelaran-gelaran duniawi yang hanya menambah rasa riak tu...
Tapi ramai manusia sekarang gila glamour dan hidungnya kembung kempis bila dipanggil Datuk yang tak bawa erti apa-apa tu. Bila tak dipanggil Datuk pula mula kecil hati, perasan betul!!


setuju dengan anda. setakat gelaran atas muke bumi ni ape la sangat nak eksyen tu. lagipon ayah yang dapat title datuk, tan sri dan sebagainya. si anak buat ego x tentu pasal je. hahaha
ReplyDelete@Freaky: apa ada pd kemegahan duniawi, ia bukan boleh disimpan hingga mati...
ReplyDelete