Salah satu pantang JR sejak azali ialah melihat kerosakan yang dilakukan oleh makhluk Allah di bumi ini. Tidak kiralah kerosakan oleh mereka yang bukan Islam dan apa lagilah jika yang seagama dengan JR. Walaupun masih dirundung kesedihan akibat kematian ibu dua hari lepas, tapi bila melihat atau mendengar kerosakan yang dilakukan manusia di planet bumi ini, hati JR meronta-ronta untuk menulis.
Yang paling JR tak berkenan ialah bila kerosakan yang dilakukan oleh manusia yang bergelar artis. Ini kerana artis sering dianggap sebagai role model yang membentuk masa depan generasi muda. Artis ramai peminat dan cara berpakaian, cara berfikir dan gaya kehidupan mereka sering menjadi ikutan kepada generasi baru yang usianya masih muda. Jadi bila artis membuat kerosakan di bumi, JR selalu mengandaikan generasi muda kini yang menjadi peminat artis itu sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan apa yang dilakukan oleh si-artis itu. Mungkin yang JR fikir tidak benar, tapi JR pernah juga terbaca ada yang melakukan perkara-perkara negatif kerana artis yang diminatinya melakukan perkara yang sama.
JR pernah menulis dalam blog ini mengenai perangai beberapa artis lelaki dan perempuan yang membuat perangai tak senonoh. Kebetulan semua yang diulas JR itu semuanya artis Melayu beragama Islam. Dan pagi ini JR nak tulis pula mengenai seorang artis bukan Melayu yang gambar tak senonoh dan kontroversinya mula tersebar di pasaran internet/ blog.
Artis yang menimbulkan kontroversi kali ini ialah seorang pelakon ayu drama bersiri Bloggerboy. Nama artis itu, siapa lagi jika bukan Julie Hoi @ Julie Woon yang memegang watak sebagai Nina Koh dalam drama itu. Julie yang berusia 27 tahun itu sebelum ini adalah seorang model dan kerana kecantikannya tak hairanlah dia diambil berlakon pula untuk melariskan drama Melayu yang memang sarat dengan pelakon-pelakon wanita Melayu yang sexy-mexy tu.
Antara gambar Julie yang sexy-mexy tu ialah:
Tapi gambar yang paling tak senonoh dan menjijikkan Julie Woon yang diambil ialah gambar ini:
Julie Woon lesbian? Tidak, kata Julie, dia menafikan yang dirinya pengamal seks sejenis... lesbian. Katanya dalam satu blog, aksi itu hanyalah untuk suka-suka saja tanpa niat.
JR tak berani nak komen pasal niat, kerana niat itu ada dalam hati orang. JR juga tidak berkawan dengan jin yang boleh membaca niat orang. Cuma yang JR kesal mengapa artis-artis kita menggemari aksi-aksi maksiat? Banyak persatuan artis: ada Seniman, ada Papita,ada Karyawan dan entah apa-apa lagi. Tak taulah apa yang mereka buat bagi membendung gejala negatif artis-artis kita yang punya ramai peminat dan bersedia mengikut feel buruk mereka itu....Yang JR perasan persatuan-persatuan artis ini ialah mereka suka bergaduh berebut jawatan. Mungkin kerana sibuk sangat berebut jawatan, mereka lupa kebajikan anggota mereka yang terus hanyut dalam dunia kemaksiatannya...
atoiyaiii. scary sudah aku tgk gmbr2 ni semua.
ReplyDeleteerrr gamba y las na komen huhu -_-!!
ReplyDeleteNew Entry "Gitar Vs mini ipod. apekah pilihan hati??"
no komen jr,pic panas ni..sy bdk under 18,tak leh tgk...hahahaa
ReplyDelete