Ini ada satu bisnes baik punya. Untungnya bukan ratus-ratus macam korang main dengan Nufnang tu, bukan juga ribu-ribu, tapi juta-juta!! Sapa nak joint hubungi JR. Apa tak caya ke? Ini bukan main-main tau, ini betul-betul baik punya bisnes!
Tadi JR baca dalam berita Bernama mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
JR harap apa yang Pak Menteri tu kata bahwa pemasangan beg udara akan mengurangkan kadar kemalangan akan jadi kenyataan. Jangan jadi macam penggunaan topi keledar dan tali pinggang keledar yang dah berpuluh-puluh tahun berkuat kuasa tapi kadar kemalangan tak juga berkurangan, bertambah ada ler.
Sekarang nak wajibkan penggunaan beg udara pula!!
Yang pasti syarikat yang dapat kontrak bekalkan beg udara itu akan dapat untung juta-juta. Seperti juga banyak kempen-kempen sebelum ni, yang untung ialah syarikat pembekal, kesan kepada orang ramai seperti kata orang Utara pi mai pi mai dok tang tu jugak!! Sebab tu JR ajak korang jadi pembekal beg udara supaya kita sama-sama jadi jutawan segera. Langkah pertama kena jumpa Menteri Pengangkutan bersama proposal projek kepadanya. Kalau susah nak jumpanya cari siapa-siapa yang rapat dengannya, kemudian buat appoinment dengan Setiausaha Sulitnya..
Jommmm...sapa nak join bisnes angkat tangan!!!
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....