Sebahagian kita menjadikan faktor usia sebagai alasan mengapa badan semakin kelihatan tembam. Kenyataannya, ramai yang tidak sedar mereka menjadi gemuk kerana beberapa ubat yang memang dapat meningkatkan nafsu makan.
Antara beberapa jenis ubat yang boleh menyebabkan pesakit menjadi lebih gemuk adalah sebagai berikut:
Steroid
Antara beberapa jenis ubat yang boleh menyebabkan pesakit menjadi lebih gemuk adalah sebagai berikut:
Steroid
Steroid banyak digunakan untuk mengatasi alergi, asma dan rhaumatoid arthritis. Ubat ini bekerja dengan menjaga keseimbangan hormon yang mengatur metabolisme dan daya tahan tubuh. Namun penggunaan steroid boleh mencetuskan pengedaran lemak tubuh ke bahagian perut dan leher bahagian belakang sehingga menyebabkan 'Cushing's Syndrome'. Penggunaan steroid boleh menyebabkan berat badan meningkat rata-rata 7 peratus, bahkan mencapai 12 kg pada penggunaan jangka panjang.
Ubat-ubat diebetes
Ubat-ubat diebetes
Salah satu ubat untuk diabetes ialah sulfonylurea. Ubat ini meningkatkan pengeluaran insulin sambil menurunkan kadar gula, namun ia sekaligus mencetuskan rasa lapar dan meningkatkan nafsu makan menyebabkan berat badan meningkat rata-rata 2-4 kg.
Ubat kencing manis lain yang menyebabkan kegemukan ialah thiazolidinediones (TZD). Namun kesannya tidak sebesar sulfonylurea, ia hanya menyebabkan kenaikan berat badan sekitar 1-2 kg untuk penggunaan terus menerus selama 1 tahun.
Antialergi
Ubat-ubat antialergi yang mengandungi diphenhydramine boleh menghalang pengeluaran histamin, bahan yang mencetuskan reaksi alergi. Namun ubat tersebut juga mempengaruhi reseptor di otak yang menghantar isyarat rasa lapar, sehingga menyebabkan kenaikan berat badan sekitar 1 peratus pada pemakaian jangka panjang.
Antihipertensi (darah tinggi)
Ubat-ubatan antihipertensi yang meliputi propranolol, metoprolol dan atenolol dapat mengatasi tekanan darah tinggi dengan cara menghalang kerja hormon adrenalin. Namun ubat ini juga membuat metabolisme menjadi lebih lambat, sehingga pesakit sering merasa letih dan cenderung jarang bergerak dan malas untuk bersukan. Dalam jangka panjang, kurang bersukan akan menyebabkan berat badan meningkat. Jika tidak diatasi, dalam beberapa tahun berat badan boleh meningkat hingga 4-8 kg.
Antidepresan
Ubat-ubatan yang digunakan untuk mengatasi depresi antara lain trisiklik dan SSRI (selective serotonin reuptake inhibitor). Kedua-duanya boleh membuat reseptor di otak tidak boleh membezakan rasa lapar dan kenyang, sehingga nafsu makan menjadi tidak terkawal.
Seorang psikiater dari Newcastle University, Paul Mackin mengatakan 25 peratus pesakit yang mendapat SSRI mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10 peratus dalam penggunaan selama 6 bulan. Dalam jangka yang sama, trisiklik menyebabkan kenaikan berat badan sehingga13-20 kg.
Ubat kanser
Seorang psikiater dari Newcastle University, Paul Mackin mengatakan 25 peratus pesakit yang mendapat SSRI mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10 peratus dalam penggunaan selama 6 bulan. Dalam jangka yang sama, trisiklik menyebabkan kenaikan berat badan sehingga13-20 kg.
Ubat kanser
Meski sebahagian besar ubat kemoterapi menyebabkan tubuh menjadi kurus, beberapa ubat sebaliknya meningkatkan nafsu makan serta berat badan. Di antaranya seperti megestrol asetik dan tamoxifen, yang digunakan untuk merawat kanser payudara dan kanser endometrium. Dalam jangka pengguna selama 6 bulan, ubat ini boleh membuat berat badan meningkat hingga 9 kg.
Susunan:
Patutlah Mentri Ksihatan kita kata "Malaysia negara org gemuk" (16.8 juta drpd 30 juta rakyat M'sia gemuk), rupanya org M'sia memang jenis sakit2...makan ubat utk hilangkan sakit, tapi badan jd gemuk....
ReplyDelete