Tahukah anda untuk menurunkan berat badan, ramai orang mengamalkan diet kentang sebagai sumber karbohidratnya?
Kentang merupakan sumber antioksidan yang banyak memberikan manfaat kesihatan. Kentang mengandungi karbohidrat kompleks yang boleh membuat seseorang itu berasa kenyang tanpa bahaya diabetes di samping mengekalkan kelangsingan tubuh.
Berdasarkan kajian yang baru saja dibuat oleh University of California dan National Center for Food Safety and Technology, Illinois Institute of Technology, menunjukkan bahwa seseorang yang makan kentang secara teratur dapat menurunkan berat badannya dengan pantas. Penemuan mengenai keajaiban kentang dalam menurunkan berat badan ini telah dibentangkan dalam Obesity Society’s 28th Annual Scientific Meeting pada 8-12 Oktober 2010 lalu.
“Hasil kajian ini membuktikan apa yang sudah disampaikan oleh para profesional kesihatan dan ahli gizi selama bertahun-tahun (tentang kentang) sebelum ini adalah benar. Kentang dapat menurunkan berat badan bukan dengan menghilangkan jumlah makanannya, tetapi mengurangi kalori yang tidak diperlukan,” jelas Dr Burton Freeman Britt, ketua kumpulan kajian dari University of California, seperti yang dipetik oleh Medindia, baru-baru ini.
Pasukan kajian diketuai Dr Burton telah membuat eksperimen terhadap 86 lelaki dan wanita yang memiliki berat badan berlebihan. Kajian selama 12 minggu itu dibuat untuk mengukur kesan dari modifikasi diet indeks glikemik kalori dengan penambahan kentang. 86 lelaki dan wanita itu dibahagi dalam tiga kumpulan dan masing-masing harus melakukan diet yang mencakupi 5-7 hidangan kentang setiap minggu. Hasilnya menunjukkan bahwa ketiga-tiga kelompok semuanya mengalami penurunan berat badan yang cukup signifikan selepas pengambilan kentang secara teratur!
BAGAIMANA KENTANG BEKERJA UNTUK MELANGSINGKAN BADAN?
Dr Britt menjelaskan, satu buah kentang berukuran medium (5.3 oz) hanya mengandung 110 kalori setiap hidangan dan ianya juga menawarkan lebih banyak kalium (620 gm) melebihi pisang. Kentang juga menyediakan hampir setengah dari keperluan vitamin C harian (45 peratus), tidak mengandung sodium, lemak atau kolesterol.
Kerana unsur-unsur inilah yang membuat kentang sebagai sumber makanan yang paling bebas lemak. Tapi ingat, kebaikan kentang hanya relevan untuk kentang yang direbus, dikukus atau dipanggang sahaja, kerana walaupun kentang bebas lemak dan baik untuk kesihatan, namun ia berubah menjadi kentang jahat ketika disajikan dalam bentuk kentang goreng dan kerepek!
“Selama beberapa tahun terakhir kentang sering dituding dapat meningkatkan berat badan jika sudah disajikan dalam bentuk kentang goreng. Tapi sekarang kita menyedari bahwa kentang memainkan peranan penting untuk mendapatkan berat badan yang sihat bila diolah dengan cara yang betul (direbus, dikukus atau dipanggang),” ukata Kathleen Triou, wakil presiden pemasaran United States Potato Board (USPB).
(DISUNTING DARIPADA SUMBER : health.detik.com)
Artikel yg bagus...t.kasih. Saya jg suka mkn kntang, tp kntang yg jual kat KFC tuuu (sbb tu bdn saya brisi!!)
ReplyDeleteIbu saudara saya memang suka makan kentang sejak zaman kecilnya lagi, tapi aneh.. badannya tak pernah langsing. Selepas membaca artikel ini, tahulah saya mengapa badannya tak langsing: dia gemar makan KENTANG JAHAT (kentang goreng)!!!
ReplyDeletexmw komen bleh dk?
ReplyDeletetrima ksih ats info yg telah anda berikan.. ia sangat berguna..
ReplyDeleteartikel begini berguna untuk kesihatan serta kehidupan kita
ReplyDelete