Tahukah anda 1 sudu teh gula mempunyai 20 kilo kalori? 20 kilo kalori dong...bukan 20 kalori!! 10 kilo beras pun ada yang rasa berat ketika mengangkatnya, apa lagi 20 kilo!
Untuk membakar 20 kilo kalori yang terdapat di dalam 1 sudu teh gula, anda perlu mendaki bangunan setinggi 14 tingkat. 14 tingkat, bukan 1 tingkat! Pernah mendaki bangunan setinggi 14 tingkat? Alah, 4 tingkat pun ada yang rasa termengah-mengah, apa lagi 14 tingkat. Saya pernah berjalan kaki menaiki bangunan setinggi 23 tingkat semasa bertugas di suatu agensi di Komtar dulu apabila lif pejabat rosak. Ramai yang menunggu di bawah menunggu lif diperbaiki, tapi saya mencari jalan yang ramai orang tak suka dengan mendaki tangga 23 tingkat bangunan. Setibanya di tingkat atas, seluruh baju basah dibasahi keringat tapi saya gembira kerana berjaya membakar kira-kira 25 kilo kalori!!
Dan bagaimana cara anda membakar kalori selepas mengambil teh tarik, kopi o kaw, milo ais, roti canai, nasi lemak dll yang diambil sebentar tadi? Ada yang berjoging (hobi saya ler tu), ada yang memilih sukan yang lain, tapi ada yang menjadikan"menternak lemak" sebagai hobinya!!
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....