Aku pada mulanya takut juga nak tulis perkara ini. Takut silap-silap tulis nanti kena saman pula!
Tapi memandangkan sudah banyak blog yang menyiarkannya, aku sambung sedikit apa yang sudah ada di pasaran berita.
Ia mengenai satu berita panas yang melibatkan Pak Menteri kita. Selalunya di negara ini perkara-perkara panas yang melibatkan Menteri, Wakil Rakyat (tak kira wakil rakyat Kerajaan atau Pembangkang) dan artis, orang memang suka baca, maklumlah mereka ini VVIP, VIP dan selebreti.
Aku ingat korang pun tahu cerita ini. Ceritanya ialah kisah Menteri (ada versi lain kata bekas Menteri) yang memperkosa amahnya sendiri. Kerana amahnya itu orang Indonesia, maka hal ini kononnya heboh juga dekat Indonesia. Dan kebetulan berita negatif ini heboh ketika perlawanan akhir Piala Suzuki peringkat kedua akan berlangsung Rabu ini di Stadium Gelora Bung Karno.
Kononnya pristiwa memperkosa amah Indonesia ini berlaku pada tahun 2007. Namun Menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya telah dihantar ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Badawi). Jika yang memperkosa amah itu bukan Menteri, tapi orang biasa - penarik beca, tukang kebun, tukang urut, tukang rumah, guru sekolah, konstabel polis, kerani pejabat, pegawai rendah kerajaan dan peniaga kecil tentu sudah masuk akhbar. Konon-kononnya begitulah seperti yang dilaporkan dalam banyak blog, malangnya jadi orang biasa, sikit hal pun boleh kena cekup, apa lagilah jika ia besar punya hal macam kes perkosa ini!!!
Semalam, sebuah NGO - Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu. Kenyataan mengenai kes perkosaan itu ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) pada 1 Ogos 2007.
Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia yang diperkosa itu bernama Robengah yang ketika itu berada di bawah penyeliaan Migrant Care. Robengah dirogol pada 19 Februari 2007 di kediaman Menteri itu di Kuala Lumpur. Bagi menutup mulutnya Alex berkata amah ini dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007. Selepas mendapat maklumat dari orang ramai Migrant Care telah menjejak mangsa itu ke kampungnya yang terletak di Panjar Negara, Jawa Tengah pada 23 Julai 2007. Malangnya Robengah tidak mahu melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu menanggung malu dan juga ketakutan.
Bagi aku, perkara ini tak boleh didiamkan. Mungkin Menteri itu difitnah, siapa tahu? Mungkin amah itu ada sebab lain dan Menteri itu menjadi kambing hitamnya, siapa tahu? Oleh itu Kerajaan perlu siasat dan jangan buat diam saja semata-mata kerana suspek kes ini seorang Menteri dan bukan penarik beca, tukang kebun, guru sekolah, konstabel polis, kerani pejabat, pegawai rendah kerajaan atau peniaga kecil. Nama Menteri itu perlu dibersihkan, tapi jika dia memang melakukannya, maka bertindaklah mengikut lunas undang-undang.
Negara ini ada undang-undang. Tak kira pelakunya Menteri, pegawai tinggi kerajaan, kerani pejabat, guru, konstabel polis, semuanya sama di sisi undang-undang, kerana bukankah semua kita darahnya merah, tulangnya putih dan kentutnya busuk?
Salah satu blog yang melaporkan peristiwa ini ialah BLOG INI...justru jika korang nak baca lebih lengkap baca dalam blog itu..
~ JR
Saya tahu siapa perogol bersiri itu....Kamu mau tahu: hubungi saya!!
ReplyDelete