Dr Zeti...
Setiap kali wajah wanita ini muncul di media ia sangat menarik perhatian aku. Aku tidak tertarik kerana kulitnya putih melepak (maklumlah keturunan Turki) atau keayuannya (sudah banyak luntur oleh faktor usia), tapi aku tertarik kerana:
i) Dia wanita yang berjawatan tinggi dalam kerajaan,
ii) Dia anak kepada seorang tokoh yang banyak berjasa kepada orang Melayu - Prof. Ungku Aziz; dan.........ini yang tak best nya:
iii) Dia belum pernah sekalipun aku dengar bercakap dalam Bahasa Melayu setiap kali muncul di TV!!!
Tak taulah kalau tokoh ini ada berbahasa Melayu ketika di tempat kerjanya, di rumahnya atau ketika bercakap dengan pembantu rumahnya atau aku yang overlook? Yang jelas dalam TV dia sentiasa bercakap Inggeris, bukan 40%, bukan 50%, bukan 80%, bukan 99% berbahasa Inggeris seperti sebahagian orang termasuk Menteri kita, tapi 100%.
Aku selalu berfikir jika Perdana Menteri pun selalu bercakap Melayu, begitu juga Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri, mengapa orang Melayu sepertinya susah sangat berbahasa Melayu? Aku boleh terima jika dia bercakap Inggeris di dalam international conference atau jika ditemubual oleh wartawan luar negara, tetapi apabila dia bercakap dalam Bahasa Inggeeris dengan orang Malaysia (terutama wartawan) yang rata-ratanya memahami Bahasa Melayu, aku tertanya-tanya: mengapa gerangan wanita itu jadi begitu?
Yang selalu membuat aku tersinggung ialah jika Menteri bukan Melayu, wakil rakyat bukan Melayu (tak kira BN atau PR) boleh bercakap Melayu dengan baik (malah ada yang menguasai Bahasa Melayu lebih baik daripada orang Melayu biasa), mengapa Tan Sri Dr sorang ni seperti tak boleh berbahasa Melayu? Malukah dia berbahasa Melayu atau cabuk sangatkah Bahasa Melayu ini?
Aku tidak mahu memperkecilkan peranan Bahasa Inggeris, ia bahasa ilmu yang ada tempatnya tersendiri di negara ini dan memang perlu dikuasai. Apapun, penggunaan Bahasa Inggeris biarlah sesuai dengan masa, tempat dan khalayak di depan kita...Bahasa Inggeris memang penting, tapi Bahasa Melayu bukan bahasa cabuk..ia adalah Bahasa Kebangsaan kita yang patut digunakan sepanjang masa, apa lagi bila berada dalam negara dan di hadapan rakyat negara ini sendiri.
Nota: Wanita yang aku maksudkan dalam catatan ini ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
~ JR
entah nya susah sangat ke nk bebahasa melayu..
ReplyDeletebetul tu...tapi yang membanggakan,dia memang suka memakai baju kurung..:)
ReplyDeletemmg x pernah dengar dia cakap Melayu... dah didikan mcm tu.. yg suka kat dia sbb x pernah tampil dgn pakaian lain selain baju kurung mcm mak dia jugak... susah nak jumpa org koprat berpakaian mcm tu la ni...
ReplyDeletemaybe dia nak educate m'sian esp malay jd cam dier baru cepat sukses
ReplyDeleteAlangkah cantiknya jika dia dpt menguasai bahasa sendiri & sebagai Muslimah kepalanya bertutup. Tapi tak apalah, mungkin masa berubah dan doa kita dimakbulkan Allah dan Dr Zeti berpakain sebagai Muslimah....amin...
ReplyDeleteshe my idol :)
ReplyDelete