Korang pakai henfon apa?
JR cuma pakai Asus Zenfone 5. Empat orang anak JR juga pakai Asus Zenfone 5. Walaupun harga pasaran semasa Asus Zenfone 5 yang berkapisiti Ram 2 gb, internal memory 16 gb dan diperkuat oleh enjin intel itu sekarang cuma RM500++ tapi kuasa dan kelajuannya sangat berbaloi dengan harga. Dah 6 bulan JR pakai tak sekali pun henfon tu pernah hang. Anak-anak JR yang kaki game itu beri maklum balas yang sama - henfon mereka tak pernah hang walau penggunaannya sangat lasak. Capaian internetnya juga laju, tak pernah mengecewakan, kecuali bila streamyx di rumah buat perangai tak senonoh!
Minggu lepas aplikasi pengukur android terkemuka dunia, AnTuTu Benchmark telah mengeluarkan senarai telefon pintar android yang paling popular tahun 2014. Cuba korang semak telefon korang ada tak dalam senarai telefon pintar yang paling popular di dunia: