Petang kelmarin JR dan isteri pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar melawat R, adik lelaki kepada isteri yang sakit. R diserang penyakit cellulitis, sejenis penyakit radang kulit yang kata R agak menyakitkan..
Masuk saja ke bilik yang menempatkan R, terlihat betisnya yang membengkak sebesar anak kaki gajah, dengan kulit cekang dan merah. Sebotol antibiotik sedang dialirkan ke tubuh besarnya melalui lengan.
Betis dan kaki R bengkak sebesar kaki anak gajah!
Ini bukan kali pertama R masuk wad kerana penyakit yang sama. Setiap tahun sejak 4 tahun lepas dia akan diserang oleh cellulitis, kadang-kadang setahun sekali, kadang-kadang setahun 2 kali. Setiap kali cellulitis menyerang gejalanya sama - kakinya rasa sakit, membengkak dan merah, diikuti demam. Selalunya dia akan ditahan di wad selama 4-5 hari hingga bengkak dan kemerahan di kakinya beransur surut.
