Malam tadi JR pergi ke airport Alor Setar menjemput puan isteri yang pulang dari lawatan ke Jakarta dan Bandung selama 4 hari. Isteri pergi ke Jakarta/Bandung cuma bawa satu beg, malam tadi dia balik gendong 5 beg.
Kebanyakan barang yang dibawa balik puan isteri dari Bandung ialah aneka pakaian, kain, tudung, dan makanan ringan. Memang bandung terkenal sebagai kota yang menjual pelbagai pakaian/kain berharga murah. Macam-macam jenis pakaian/kain/tudung yang diborong puan isteri untuk dirinya, anak-anak dan adik beradiknya. Untuk JR pula tak ada kerana JR dah pesan berkali-kali kepadanya sebelum dia bertolak jangan beli apa-apa pakaian untuk JR kerana pakaian yang ada masih banyak....