»
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

29 February 2016

Magis Secawan Kopi Setiap Hari

Sejujurnya JR bukan peminat kopi nombor satu. Biasanya JR cuma minum kopi untuk tahan rasa mengantuk terutama bila memandu jarak jauh. Di rumah JR sesekali saja minum kopi, bukan selalu, terutama bila ada tetamu datang ke rumah.

Masalah JR, kalau terlebih minum kopi perut akan memulas, macam masuk angin..


Tapi mulai sekarang lepas baca satu kajian mengenai kopi, JR mungkin perlu belajar menyukai kopi lebih dari biasa kerana:


 

Rupanya banyak khasiat kopi, bukan saja untuk kesihatan tubuh tapi juga untuk kesihatan seks batin:


 

27 January 2015

Susahnya Jadi Budak Sekolah Zaman Sekarang!!


Dah jadi kelaziman JR sejak dulu paling lewat pukul 12.00 malam mesti masuk tidur. Kalau letih sangat sebelum pukul 12.00 dah belayar...Pukul 5.15 pagi pula mesti bangun sediakan breakfast untuk budak-budak sekolah.

Malam tadi JR masuk tidur pukul 11.45 malam. Ketika nak masuk tidur nampak anak perempuan JR yang sedang belajar di Tingkatan Empat sedang habiskan kerja rumah di ruang tamu. Malam tadi dia tidur pukul 2.30 pagi, malam ni pukul berapa pagi pula dia nak tidur?

Mungkin kerana minum terlebih air sebelum tidur, pukul 3.15 pagi JR terjaga untuk ke bilik air. Terdengar suara TV masih berkumandang di ruang tamu yang terang benderang.

"Eh..Sha, dah pukul 3.15 pagi ni...tak tidoq lagi ka??" tanya JR kepada Sha yang nampak masih menulis sesuatu dalam buku latihannya di ruang tamu.