Sepatutya entri ini keluar kelmarin. Tapi kerana kelmarin internet bergerak macam siput babi tua, terpaksa entri ni ditangguhkan ke hari ini. Tak apalah kan. Better late than never.
Kelmarin 12 Mei adalah Hari Jururawat. Hari Jururawat disambut di seluruh dunia. Begitulah pentingnya jururawat. Kebetulan dua orang yang paling rapat dengan JR - isteri dan adik perempuan - adalah juga jururawat. Seorang bekerja di Alor Setar (isteri), seorang lagi di Penang (adik).
Jururawat seperti juga staf medical yang lain adalah antara manusia penting dalam hidup kita sebagai manusia. Bila kita lahir, merekalah yang sambut kelahiran kita. Bila kita kanak-kanak, dewasa dan di usia emas, merekalah yang merawat kita ketika sakit di hospital. Bila sedang nazak dan menunggu kedatangan Izrail, mereka juga di sisi kita cuba lakukan yang terbaik untuk membantu kita. Betapa besar jasa jururawat seperti juga besarnya jasa semua mereka yang bekerja di sektor perubatan dan kesihatan.
Kepada isteriku Imah dan adikku Yati, selamat hari jururawat. Bangga dengan kerjaya kamu sebagai jururawat yang telah membantu ramai orang. Walaupun kadang-kadang ada suara sumbang seperti tidak menghargai dan memperlekeh apa yang kamu lakukan, jangan pedulikan itu. Lakukan yang terbaik demi mereka yang sakit dan perlukan bantuan. Nursing is a noble profession. Ingat itu.
Isteri dan adik, kedua-duanya jururawat...
