Alhamdulillah..tengah malam tadi puan isteri selamat pulang dari Cameron Highland balik ke rumah kami di Alor Setar. Biasalah, pergi ke Cameron dia cuma bawa 2 beg tapi bila balik bawa 3-4 beg plastik tambahan pula. Ole-ole dari Cameron...
Teh Cameron memang benda wajib yang dibawa balik oleh mereka yang ke Cameron. Selain dari teh, isteri bawa balik pelbagai sayur dari Cameron.